Tuesday 1 January 2013

Air oleh MAS

Kemarau
air habis
hujan tiada datang!


Suara parau
manusia menangis
tekak kering kontang!


Mana usaha
mana tenaga
mengapa tiada daya?


Siapa kaya
siapa kuasa
di saat air tiada?


Manusia ini lemah segala!
cakap sahaja berdegar-degar,
tahinya sangkut di gelegar;
bikin air tiada upaya!


MAS

Rujukan: MAS, (1998). Jangan Tak Ada. Singapura: Angkatan Sasterawan '50

0 comments :

Post a Comment