Sunday 20 January 2013

Mahu Naik? oleh MAS

Anda mahu naik?
ada dua jalan bersisi...
boleh anda pilih mana yang serasi...

I. Jalan yang lurus lagi terang:
    naik dengan segala kemampuan sejati
    dengan pelbagai kecekapan yang tinggi


    dengan kelayakan yang memang nyata...
    kenaikan ini terpandang mulia!


II. Jalan yang bengkok lagi curang:
     naik dengan beralat rakan sejawat
     dengan menekan bawahan yang taat

     dengan mengguling teman yang berpotensi...
     kenaikan ini penipuan yang keji!


Jalan pertama bersih lagi murni
tetapi sukar untuk didaki...

kerana
yang suci itu nilainya tinggi
menggapainya penuh duga dan uji!

pengikut jalan ini orang bistari.

      Jalan kedua cemar lagi durhaka
      tetapi itulah pilihan terkemuka...

      kerana
      halal haramnya tak masuk kira
      pokoknya 'mahu naik' habis perkara!

      pengikut jalan ini orang celaka.


MAS

Rujukan: MAS, (1998). Jangan Tak Ada. Singapura: Angkatan Sasterawan '50

0 comments :

Post a Comment