Thursday 17 January 2013

Pendakian Yang Melelahkan oleh NurPertunjuk

Sungai keringat mengalir deras
Berhujan tangis di terik petang
Lelah kupanjati gegunung ilmu
Wacana curam diredah terjah

Di lerengan penuh perlumbaan
Kutempuh pelbagai liku
ke puncak buana kulihat

ada yang berlari
ada yang berjalan
ada yang terkandas di pertengahan

Yang cekal mengorak langka
Memeta rahsia seraut alam
Yang pasrah terkulai di  tepian
Patah harapan dirembas duga

Perjalanan ke menara gading
Walau sukar direntas jua
Walau sulit kuteruskan jua
Bersama bekal restu dan doa
Menjadi harapan seisi keluarga.

0 comments :

Post a Comment