Tuesday 22 January 2013

Mencapai Tujuan oleh MAS

Bila ada hati
ada cita ada usaha
tekun bekerja rajin mencari
kelak harta bertambah, pasti...
kalau harta yang engkau ingini!

Bila ada niat
ada takwa ada taat
jujur ikhlas kuat ibadat
pasti bahagia di alam akhirat...
kalau akhirat yang engkau hasrat!

jikalau engkau mahu kedua-duanya
berazam dan beramallah untuknya!

Sebab kita percaya:
bahawa Tuhan tidak mungkir janji
man jadda wa jadda...

[siapa berusaha dia berjaya
tidak kira miskin kaya]

MAS

Rujukan: MAS, (1998). Jangan Tak Ada. Singapura: Angkatan Sasterawan '50

0 comments :

Post a Comment