Saturday 12 January 2013

Sikap oleh MAS

Tentukanlah sekarang juga
di mana kita di mana mereka
kerana perbatasan telah nyata
tak usah takut 'dosa' yang tak ada

Kalau kita tunduk - mundurlah
dan, masa berlalu percuma..
yang usang tinggallah sahaja
simpan dalam gedung arca.

Biarlah mereka mendabik dada
marilah kita terus berusaha
berkerja dengan penuh selera
untuk semua di bumi ini..

     sampai kita mati
     dan, lahir pula segala bayi.

MAS

Rujukan: MAS, (1998). Jangan Tak Ada. Singapura: Angkatan Sasterawan '50

0 comments :

Post a Comment