Friday 18 January 2013

Kehidupan Perempatan oleh Yesmint K. Hussein

Mungkin engkau tidak faham 
kerana engkau adalah engkau 
dan aku adalah aku
aku menulis bukan kerana aku tahu
aku menulis kerana aku tidak mampu
untuk mengadu 
lidah aku menjadi kelu 
kerana hatiku sudah menjadi batu
penat aku melihat 
jemu aku mendengar
bosan aku memikir
tentang kehidupan
tentang kewangan
tentang wawasan kehidupan dan kewangan?
kemudian aku memainkan
beberapa peranan
sekadar untuk memuaskan
semua insan yang telah membesarkan
diriku atau memberiku kebahagiaan
dan juga untukmu Tuhan
walaupun aku memang tidak berkelayakan
untuk secebis habuan
tetapi jangan beriku dugaan
di luar jangkauan dan beribu soalan
yang aku fikirkan
malangnya tiada jawapan
apakah lemah sudah pegangan
dalam mencari kesinambungan?
aku teruskan juga perjalanan
berbekalkan saranan kenalan
aku masih mencari pengertian
yang dapat memuaskan
akal, jiwa dan badan
tetapi kerana ini sekadar tulisan
untuk dijadikan paparan
dengan penuh keikhlasan
aku katakan
aku tenang di saat ini kerana percintaan
yang tidak perlu khalayak intai atau tanyakan.

Yesmint K. Hussein

0 comments :

Post a Comment