1
dulu - di Roxy
tersergam [menjulang 250cm merepang 100cm]
sebidang cermin tegak gagah sentiasa
mutu camel brand yang kesohor melambang jujur;
ke situ orang pada menatap diri sebelum nonton lakon
meneliti cacat cela diri sendiri - kalau ada
[lepas puas bertandang ke pantun:
Tanjung Katung airnya biru,
tempat nakmuda bermain mata...]
cermin di situ gambarnya tentu.
2
kini - di Queens
tersusun 2 deret cermin [45cm2 kali 8 keping]
masing-masing pada bicara dalam lagu iramanya sendiri
mutu globe brand yang kadangkala mengejek [tidak jujur];
si benjol si bopeng kadangkala ditanggap unik juga
[dan turut sama bertandak dalam irama:
Gélang si paku gélang,
gélang si rama-rama...]
cermin di sini gambarnya keliru.
3
di Yaohan [khabarnya]
cerminnya lebih besar; malah gagah sekali
lebih sensitif dari yang di Queens dan yang di Roxy
[malangnya] ke situ si jembel tiada mampu
[kerana Yaohan - kononnya - tempat bertumpu:
manusia yang punya wang beribu-ribu
para isteri pegawai divisyen satu, atau
si pura-pura yang mahu berlagak begitu...]
cermin di situ cermin baru.
MAS
Rujukan: MAS, (1998). Jangan Tak Ada. Singapura: Angkatan Sasterawan '50

0 comments :
Post a Comment