Wednesday 23 January 2013

Bina oleh MAS

Banyak sudah
kulihat di kalangan penganjur kita
yang dalam berjuang tersalah raba
menyangka dirinya pembina kota
belum berjaya sudah berbangga...

Pendapat demikian salah sekali, sebab
'bangga' itu bukanlah bukti
malah dosa hasilnya, nanti
talibul-jah kelak lekat di hati.

Laksana tikus membaiki labu
bukannya membina malah mengganggu
kononnya menggilap membuang abu
padahal menambah memupuk debu.

Yang demikian
kalau tuan sebenarnya pembina
perahlah keringat - dermakan tenaga:

          bukan untuk puji dan puja
          bukan untuk tuan berbangga
          tapi semata
          kerana Allah yang Maha Esa.

Jadilah tuan sebenarnya pembina
wahai temanku nan muda teruna
ikhlas dan jujur sifat pembina
barulah perjuanganmu memberi guna!

MAS

Rujukan: MAS, (1998). Jangan Tak Ada. Singapura: Angkatan Sasterawan '50

0 comments :

Post a Comment