Friday, 11 January 2013

Pusaka Pak Kadok oleh MAS

Pak Kadok sudah lama berpulang
kisahnya tak pernah lagi disebut orang..

namun
watak, sikap dan egonya
masih terwaris hingga sekarang..

Pak Kadok [asli]
membuat sensasi di tengah gelanggang
dengan baju kertas yang rabak dan lonjak;

Pak Kadok [kini]
membuat sensasi di tengah kota
dengan baju berumbai dan seluar bercetai,

yang terwaris
watak Pak Kadok yang tak tahu malu,

Pak Kadok [dulu]
ayamnya menang kampungnya tergadai
kerana miliknya sudah bertukar tangan;

Pak Kadok [ baru]
hartanya terjual penebus judi
tumpang berteduh di gedung si pembeli,

yang terwaris
sikap Pak Kadok yang khilangan harga diri.

Pak Kadok [purba]
biar alah sabung asal menang sorak
berlagak biow diē papē asēi be:gayē , 

Pak Kadok [semasa]
biar jatuh terlungkup tiada mengapa
asalkan misainya tak mencecah tanah,

yang terwaris
ego Pak Kadok yang banyak aksyen!

MAS

Rujukan: MAS, (1998). Jangan Tak Ada. Singapura: Angkatan Sasterawan '50

0 comments :

Post a Comment