Tuesday 1 January 2013

Bermulanya Ia Di Sini oleh Juffri Supa'at

Semuanya bermula di sini.
Tidak di sana dan
bukan di situ.


Setiap yang berakhir
akan datang dari permulaan
yang di atas terpacak dari bawah.


Semuanya bermula di sini
kerana ia adalah tapak
sebuah bangunan cita-cita.


Semuanya bermula di sini
sebuah niat yang terbit
memenuhi sebuah kehendak.


Bukankah semuanya bermula di sini;
dari sekeping hati di sanubari?


Juffri Supa'at

Rujukan: Juffri Supa'at, (1999). XXL - Anak Muda Julung Berkeris. Singapura: Juffri Supa'at & f'nd:werx.EDITIONS.

0 comments :

Post a Comment