Friday 11 January 2013

Hati Oleh Izwan Manan

Keras menjadi lembut
Lembut menjadi lemau
Lemau tiada siapa yang mahu
Mahu menjadi aku
Aku tiada yang tahu
Tahu siapa dirimu
Dirimu bukan durimu
Kerana hatimu dicuri
Langkah terhenti menahan
Segala darah mengalir
Mengalir hingga tertumpah
Tertumpah di mana
Kalau bukan di atas pasti
Di bawah mesti mati
Mati dikubur nafsu
Mati dikubur rindu
Rindu menjadi beku
Beku menjadi keras
Keras menjadi lembut
Kembali kepadaNya

Izwan Manan

0 comments :

Post a Comment