Sunday 20 January 2013

Bagaimana Engkau, Wahai Wanita? oleh Layla Alfageer

Bagaimanakah halnya engkau, wahai wanita?
Jika ditegur dengan baik sahaja
engkau sudah mula bermasam muka?

Katanya, "Tegurlah aku jika aku tersilap!"
Namun apabila ditegur
merajuknya berhari-hari lamanya.
Tidak dapatlah pula aku bayangkan dirimu
jika di hadapan wajahmu engkau dimaki hamun!

Lalu bagaimana wahai wanita,
engkau ingin kaum Adam untuk memahamimu
jika aku yang dari kaum Hawamu sendiri
sukar untuk memahamimu?

Cekalkan hati, duhai wanita!
Matangkan akal, duhai wanita!
Dewasakan minda, duhai wanita!

Bersedialah untuk menegur dan ditegur orang,
dan ketepikan emosi dan akal kanak-kanak!
Sepatutnya engkau perlu bersyukur
kerana engkau tidak dibiarkan lalai
melayang tanpa arah, terbengkalai.

Layla Alfageer

0 comments :

Post a Comment