Thursday 17 January 2013

Aku Jebat oleh Rafaat Haji Hamzah

Ada yang kau daulatkan
Ada daulat yang kau sumpahkan
Ada sumpah yang kau setiakan
Ada setia yang kau janjikan
Ada janji yang kau agungkan
Ada agung yang kau takhtakan
Ada takhta yang kau sembahkan
Ada sembah yang kau junjungkan
Ada junjung yang kau jemalakan
Ada jemala yang kau patekkan
Ada patek yang kau dulikan
Ada duli yang kau hambakan


Kerana aku ingin berJebat
Ku tiadakan segala pangkat


Tiada sembah yang aku daulatkan
Tiada daulat yang aku sumpahkan
Tiada sumpah yang aku setiakan
Tiada setia yang aku janjikan
Tiada janji yang aku agungkan
Tiada agung yang aku takhtakan
Tiada takhta yang aku sembahkan
Tiada sembah yang aku junjungkan
Tiada junjung yang aku jemalakan
Tiada jemala yang aku patekkan
Tiada patek yang aku dulikan
Tiada duli yang aku hambakan


Kerana bila berJebat, Tuahlah pengkhianat
Tika berJebat, Tuahlah yang sebenarnya bangsat
Dan Sultan adalah manusia yang paling keparat


Rafaat Haji Hamzah

Rujukan: Rafaat Haji Hamzah, (2007). Yang Bilang. Singapura: COKELAT.

0 comments :

Post a Comment