Friday 18 January 2013

Daulat Tuanku 1990 oleh Rafaat Haji Hamzah

Ampun tuanku beribu-ribu ampun
sembah patek harap diampun

Benarkah kata sejarah,
Si budak yang pintar dihumban ke laut
kerana menyelamatkan Singapura
dari dilanggar todak?

Benarkah kata sejarah,
Jebat dan Tuah bertikam
kerana kebodohan Sultan?

Benarkah kata sejarah,
Raja dan Sultan beraja di mata,
bersultan di hati,
Setiap wanita yang cantik akan dibuat
isteri dan gundik?

Benarkah kata sejarah,
Laksmana dahulu handal-handal
belaka tetapi
pabila negeri dilanda perang,
Sultan dan Raja dahulu yang lari?

Ampun tuanku beribu-ribu ampun,
Sembah patek harap diampun.

Kalau roboh kota Melaka
Papan di Jawa hamba dirikan
Kalau sungguh bagai dikata
Makam tuanku hamba ludahkan

Rafaat Haji Hamzah

Rujukan: Rafaat Haji Hamzah, (2007). Yang Bilang. Singapura: COKELAT.

0 comments :

Post a Comment