Sunday 20 January 2013

Gambaran Indah [untuk sesiapa yang mahu sedar] oleh MAS

I
Ada em - ada ai
ada konfrantasi...
ada reaksi:

ada si - ada i
ada duri dalam daging
ada selimut penuh kepinjing,

yang tidak ada
sedar dalam dada.

II
Ai bakar em - em bakar ai
si beri roti i beri api
dalam roti ada erti
dalam api ada benci.

III
Sorak em gemuruh macam kiamat
tapi reaksi apa pun tiada terbuat
lonjak sang ai pun tak kurang hebat
tapi sasarannya tiada yang tepat
[kerana i dan si hanya sahabat ketat
sedang em dan ai adalah saudara dekat]

Betapa pun,
berpatah aranglah dua saudara sedarah
berkerat rotanlah dua keluarga seagama
akibat tiupan gambaran indah.

IV
Semoga krisis segera kembali cerah
padalah sekadar penambah sejarah

kembalilah
pinang ke tampuk dan sirih ke gagang
lalukan biduk biar bertaut semula kiambang!

MAS

Rujukan: MAS, (1998). Jangan Tak Ada. Singapura: Angkatan Sasterawan '50

0 comments :

Post a Comment