Thursday 24 January 2013

Pintu oleh MAS

Apa itu pintu?

gawang besi, kayu atau batu
tempat yang sah untuk dilalu;
masuk keluar menerusinya, tentu.

Pintu apa itu?

pintu besi
benteng jejaring di pajak gadai
penghalang penjahat merusuh di kedai...

pintu taubat
peluang tertutup rapat bertaut
ketika insan di ambang maut...

pintu syurga
cuma sedia mempelawa
insan kamil yang penuh takwa...

pintu neraka
gawang yang sentiasa terbuka
menerima masuk manusia durhaka...

pintu penjara
jalan masuk keluar pesalah negara
menjalani hukuman yang pelbagai cara...

pintu hati
ialah penanti suci
penjunjung titah Firman Ilahi.

Tahukah anda yang mana pintumu?
ambillah cermin tonton peribadimu!

MAS

Rujukan: MAS, (1998). Jangan Tak Ada. Singapura: Angkatan Sasterawan '50

0 comments :

Post a Comment