1
Mengapa kita belum juga mati
padahal hak hidup sudah lunyai sekali?
Ada bapa - bapa tiri
ada ibu - ibu tak bergigi
ada saudara - saudara bukan sejati
ada harta - harta menyiksa diri...
[kerana harta yang ada itu hanya sisa:
keris sebilah dimusiumkan
kerusi sebuah digadaikan
atap sebengkawan diranapkan]
oleh saudara yang pura-pura
mahu hidup semati...
Lidah patah, suara kelu
otak pun nanar, tenaga melesu!
II
Mengapa kita belum juga mati
walaupun hidup ini sudah tak punya erti?
Mari kita mati
untuk hidup baru yang murni
dan terus hidup 1,000 tahun lagi...
tiada guna kita mencita
dalam hidup yang pura-pura
hidup yang hanya untuk dilanda!
Pasti
tak ada hidup tanpa mati
takkan hidup kalau takut mati...
Mari kita mati!
MAS
Rujukan: MAS, (1998). Jangan Tak Ada. Singapura: Angkatan Sasterawan '50
Mengapa kita belum juga mati
padahal hak hidup sudah lunyai sekali?
Ada bapa - bapa tiri
ada ibu - ibu tak bergigi
ada saudara - saudara bukan sejati
ada harta - harta menyiksa diri...
[kerana harta yang ada itu hanya sisa:
keris sebilah dimusiumkan
kerusi sebuah digadaikan
atap sebengkawan diranapkan]
oleh saudara yang pura-pura
mahu hidup semati...
Lidah patah, suara kelu
otak pun nanar, tenaga melesu!
II
Mengapa kita belum juga mati
walaupun hidup ini sudah tak punya erti?
Mari kita mati
untuk hidup baru yang murni
dan terus hidup 1,000 tahun lagi...
tiada guna kita mencita
dalam hidup yang pura-pura
hidup yang hanya untuk dilanda!
Pasti
tak ada hidup tanpa mati
takkan hidup kalau takut mati...
Mari kita mati!
MAS
Rujukan: MAS, (1998). Jangan Tak Ada. Singapura: Angkatan Sasterawan '50
0 comments :
Post a Comment