Tuesday 1 January 2013

Rokok! oleh Hajis Salim

Perokok terus merokok kerana apa?
Merokok merosakkan kesihatan. 
Tak cukup buktinya!

Perokok menyogok: Mari, begini disedut.
Saya anak sekolah, merokok itu salah!
Mengapa takut? Mahu jadi anak pengecut?

Perokok mengajak mereka yang belum merokok agar merokok: Jangan kekok!
Orang yang tidak merokok berkata: Ketagihan merokok menjadikan banyak wang dipersia-sia?
Banyak perokok juga yang kaya kerana sangat pandai mengira!

Cerita orang yang merokok dan ketagihan mereka 
sudah diketahui sangat lama di serata dunia.
Ia sudah lama wujud dalam sejarah manusia.
Ia disedarkan hanya untuk bicara seketika 
kerana kepada perokok dan yang tidak merokok 
semuanya tidak ada yang ketara.

Hajis Salim

0 comments :

Post a Comment