Tuesday 1 January 2013

Kisah 2012: Zahir Ukiran Hati oleh Nurul Arini Junaidi

Satu
Ia bermula dengan satu
Satu kumbang yang menyukai ku
Mengubah segala emosi waktu
Sekuntum indah berbungalah cintaku
Tapi sayangnya,
Kumbang suka juga memakan diriku
Dua
Lantas terjadilah dua
Terlalu marah rasanya
Kepercayaannya sudah rosak bernanah
Janjinya pula 'tuk menjauhi semuanya
Janji sepi 'tuk khususkan jiwa raganya
Hanya kepada kerjaya
Hanya kepada keluarga
Hanya kepada dirinya
Hanya kepada bahasa dan budaya
Hanya kepada bangsa tercintanya
Tiga
Janji-janji menjadi fasa ketiga
Tergerak jiwanya mendalami seni budaya
Pentas menjadi cintanya kembali 
Untuk diluahkan kegeraman hati
Membuktikan dirinya berkuasa 'tuk memenangi 
Setiap serpihan kaca hati kembali
Agar pulihlah hatinya untuk gembira lagi
Kerna topengan muka membenarkan masa mengubat diri
Tapi tidak diduga pula 
Pentas juga cerminan dunia
Dan dunia adanya benci dan cinta
Benci geram marah di hati
Pastinya perlu pulang ke asalanya suatu masa nanti
Begitukan putaran duniawi?
Empat
Putaran tersebut adalah undang-undang dunia
Undang-undang yang dikurniakan Yang Maha
Pabila pentas dan masa bergabung tenaga
Adanya peluang 'tuk hati terhibur juga
Pentas mula menghibur hati
Masa terluang bersama si jejaka ini 
Jejaka ini namanya Zahir
Zahirnya benar mencuit hatI
Mencuit hati seorang gadis
Gadis yang sama
tiada yang lain
Gadis yang menulis puisi ini
Gadis ini tercuit hatinya
Hatinya sudah pulih rupanya
Pulih kerana cinta mengambil alih
Lima
Kini si gadis di fasa lima
Fasa yang kini indah rasanya
Kasih sayang berbunga di dadanya
Sekumtum bunga terus terjaga di hatinya
Kekanda Zahir jejaka pujaan
Terlindung di jiwa bersama doa dan harapan
Fasa seterusnya tiada yang tahu
Tetapi itulah kisahku sebelum tahun yang baru.

*sajak ini ditulis terus dari hati dan bebas menyingkap kembali kisah terpenting 2012

Nurul Arini Junaidi

0 comments :

Post a Comment