Sunday 4 November 2012

Wira Pengawal Hati oleh Erdiah Samad

Ibarat isi dengan kuku
Rapatnya kau dan aku
Bersama di masa riang dan pilu
Terus berkongsi serta mengadu

Enggan aku sangkal lagi
Aku telah mencintai
Jejaka yang dulu tidak pernah dikenali
Menjadi wira pengawal hati

Rasanya, tidak perlu diitlakan
Tentang derasnya ombak percintaan
Kerana hadirnya perasaan keistimewaan
Hanya diketahui kita dan Tuhan

Erdiah Samad

1 comments :

Salam,

Hmm.. macam pantun pun ada, kan? Bagaimanapun kisah ini serupa yang pernah saya alami. Rapat, mesra, berkongsi suka duka. Namun apa yang dirasa, cuma pada dia. Tidak saya. Saya ikhlas bersahabat. Entahlah... mungkin benar orang berkata - tidak mungkin ada keikhlasan dalam persahabatan bagi 2 insan berlainan jenis tanpa hadirnya perasaan lain.

Apapun, semoga perasaan yang hadir di antara kalian akan berkekalan. Amin.

Salam Ikhlas,
~Putri Lily~

Post a Comment