Wednesday 21 November 2012

Di Sebuah Alam oleh Hajis Salim

Sebuah padang luas
berumput  bersemak dan berhutan belantara
menjadi tempat haiwan berhuni pada buminya
manusia merasa gersang pada bencana dan mala petaka
namun ada yang mahu berada dan mengenal siapa mereka.

Harimau dan singa mengaum
gajah meraung
burung bersiulan dan binatang malam sentiasa tahu waktunya
dalam dunia yang angin juga sendu merasakan romanya.

haiwan manusia dan tumbuh-tumbuhan
dalam lapangan senda gurau yang menakjubkan
berlaku dan terus berlaku
tidak kira di titik mana edaran dan kedudukan
tidak kira di mana kemahuan dan kecitaan

Hajis Salim

0 comments :

Post a Comment