Thursday 1 November 2012

Tak Ada Masa oleh Zahir Ayub

aku tak ada masa


aku tak ada masa
nak lalai mengabai
biar khayal tiada
asalkan impian tercapai

aku tak ada masa
nak curi tulang
biar badan merana
asalkan masa depan terang

aku tak ada masa
nak suka-suka
biar sakit kepala
asalkan aku berjaya

biar bulan berdarah merah
biar langit berpecah belah
biar dunia kehilangan arah

aku tak ada masa

aku tak ada masa
nak lepak-lepak
biar kurang ketawa
asalkan pemikiran tak haprak

aku tak ada masa
nak manja-manja
biar keras jiwa
asalkan matang dewasa

aku tak ada masa
nak cinta-cinta
biar putih mata
asalkan buta dusta

biar laut tumpah ke darat
biar matahari terbit dari barat
biar bumi kehilangan kiblat

aku tak ada masa

aku tak ada masa
nak berlaga kata
biar bisu suara
asalkan tangan yang bicara

aku tak ada masa
nak manis mulut
biar disalah sangka
asalkan aku bukan pengecut

aku tak ada masa
nak geram mendendam
biar dianiaya
asalkan aku tikam

aku tak ada masa
nak berpura muka
biar orang tak suka
asalkan aku bahagia

aku tak ada masa

asalkan yang dikejar benar
asalkan yang dimimpi terimpi
asalkan yang dihajat dapat

biar ke neraka
asalkan ketemu syurga

Zahir Ayub

3 comments :

Salam,

Tepat sekali, benar, betul, jelas dan lain-lain lagi yang seerti dengannya.
Biar tiada masa untuk perkara-perkara yang menuju arah kejatuhan akhlak.
Jangan tiada masa untuk perkara yang membangun kehidupan. Insya-Allah.

Salam Ikhlas,
~Putri Lily~

Wasalam Puteri Lily,

Moga segala perbuatan kita membawa kita lebih dekat kepada diriNya, insyaAllah.

Saya lihat saudari aktif memberikan komen di lelaman ini. Boleh saya tahu, siapa nama sebenar saudari? Kalau tidak pun, adakah saya mengenali diri saudari?

Bukannya apa, sekadar musyikil sahaja.

Saudara Zahir,

Saya lebih senang dikenali dengan nama Lily. Tak perlu musykil. Kita saling tidak mengenali.

Saya memang mencari lelaman seperti ini untuk anak Singapura. Bila terjumpa, rasa gairah dan berharap sumbangan karya saya yang belum begitu menjadi... hehe... serta komen-komen saya menambahkan semangat semua untuk terus berkarya, di samping menghidupkan suasana riuh lelaman ini. Supaya tidak kelihatan kaku. Insya-Allah.

Salam Ikhlas
~Putri Lily~

Post a Comment