Tuesday 20 November 2012

Susah Senang oleh Khaziah Yem

Senang melafazkan kata-kata
Senang berpura-pura
Senang mendabik dada
Senang menghimpun dosa

Susah menjaga hati
Susah menerima budi
Susah memahami naluri
Susah menafsir langkah insani

Susah mengawal nafsu
Susah mengerjakan fardu

Susah senang Allah sahaja yang tahu. 

Khaziah Yem

0 comments :

Post a Comment