Wednesday 7 November 2012

Sentak oleh Tiahuliz M Shah

Kerana aku masih bernafas
Kutebar panji di medan perang
Kealpaanku digali
Kesedaranku dipatri
Kekuatanku diuji
Kerana sesakku bernafas
Kuseru semangat Tun Fatimah
Ketabahanmu ku sandang
Kerana Sultan sayang
Kerana Sultan alah
Kerana Sultan tumpas
Syabas!

Tiahuliz M Shah

0 comments :

Post a Comment