Sunday 4 November 2012

Aku Manusia Daif oleh Yesmint K. Hussein

Perjalanan yang telah dilalui
rupanya terlalu lurus
Tidak pernah berduri
mahupun terkeluar dari usus
Rapi, tidak berselang-seli
Terlalu jauh sepi tidak kenal arus
Berat padi sudah berisi
Berat aku terlalu halus
Kesakitan ini tidak perlu disebuti
Tandingannya sudah pun terhunus
Ilmu aku tidak punya hati
Sering dibalut nada berkabus
Tidak perlu aku dipuji
kerana pengalamanku masih haus.

Yesmint K. Hussein

0 comments :

Post a Comment