Tuesday 30 October 2012

Khadamkah Guru? Oleh Nurul Arini Junaidi

Kenapa kau jadi guru?
Kenapa?
Kenapa menjadi khadam intelek atasan?
Kenapa?Kenapa kau laksanakan suruhan yang terpandai?
Kenapa?
Kenapa kau sanggup mengajar anak mereka yang pemalas dan lupa?

Apa keuntungan kau?
Apa?
Apa yang dapat kau berikan?
Apa?
Apa ilmu yang dikongsi dengan anak-anak mereka?
Apa?
Khadam mengajar anak si intelek?

Adilkah?
Betulkah itu?
Buat apa?

Suruh saja mereka didik anak sendiri
Suruh saja si atasan memandaikan benih kepunyaan mereka.
Suruh saja mereka curahkan otak si kecil.

Berteruslah
Yang punya si pandai, akan terus pandai
Yang punya si bodoh, akan terus bodoh
Yang punya si terumbang-ambing, teruslah tidak ke sana atau sini
Jadi apa gunanya kau GURU?

Mereka memanjat 
Memijak kepalamu
Mereka berdiri di kepalamu
Mereka berjaya
Usaha sendiri?

Mana kau dalam formula kejayaan?
Nampaknya tiada
Lenyap begitu sahaja

TAPI SEBENARNYA!

Tapi sebenarnya kau malaikat
Kau bidadari
Kau rendah yang tertinggi
Kau adalah semua yang si intelek tidak akan mengerti. 

Kau guru, 
adalah menteri 
adalah peguam
adalah doktor
adalah jurutera
adalah pakar psikologi

Kau juga, adalah pelukis
adalah penari
adalah penyair

Kau guru,
adalah penggerak,
pemangkin fikiran,
pelopor keihsanan
pembina masyarakat

Kau guru,
adalah mereka.

Kau guru,
berkekalan hingga akhirnya usia.

Kau guru,
Kekuatan si sang pemimpi
Harapan si kerdil dan lemah

Kau guru, 
adalah semuanya. 

Yang tak perlukan pengiktirafan
Yang merendahkan diri demi peninggian generasi baru
Yang membuka ruang demi mereka yang berpeluang
Yang memberi kejayaan makna
Yang memberi kegagalan kuasa
Yang terus-menerus berjuang
Untuk perjuangan anak muda

Khadam kau katakan?
Bukan,
Sungguhnya bukan. 

Nurul Arini Junaidi

0 comments :

Post a Comment