Monday 29 October 2012

Hipokritkah Aku oleh Putri Lily

Hipokritkah aku
Bila lahir dari rahim insan yang beragama Islam
Hakikatnya keIslamanku dinilai melalui kurangnya amalan
Yah! Sewajarnya begitu
Kerana akhlakku saja mungkin sempurna
Walhal ketakwaanku belum merangkumi semua
Pun begitu aku bersyukur
Kerana tergolong dalam lingkungan
Insan-insan yang menginsafi diri


Hipokritkah aku
Bila mengundang para sahabat menutup aurat
Hakikatnya keikhlasanku dinilai melalui terdengarnya suara
Yah! Sewajarnya begitu
Kerana tubuhku saja yang dilingkupi
Walhal suaraku lantang melisankan hasrat hati
Pun begitu aku bersyukur
Kerana tergolong dalam lingkungan
Insan-insan yang menjaga sahsiah diri


Hipokritkah aku
Bila berkongsi ilmu melalui topik berunsur agama
Hakikatnya perkongsianku dinilai melalui tiru dan lekat
Yah! Sewajarnya begitu
Kerana sekadar bermotifkan beri pendapat
Walhal sedar akan kejahilan
Pun begitu aku bersyukur
Kerana tergolong dalam lingkungan
Insan-insan yang mahu bermula...


Putri Lily

2 comments :

Saya amat terkesan dengan rangkap terakhir saudari. Saya pernah merasakan sedemikian juga.

Alhamdulillah, sedar sangat-sangat bahawa bukan saya seorang yang pernah melaluinya. Terima kasih atas ulasan saudara.

Oh ya! Saya rasa semua puisi yang terpapar di lelaman ini pasti ada pembacanya. Tak semestinya tiada ulasan tiada pembaca, kan? :)

SAlam Ikhlas
~Putri Lily~

Post a Comment