Tuesday, 30 October 2012
Tekad oleh NurPertunjuk
Bila hati disulam tekad
Setiap tindak bercita tersemat
Belia maju penuh terhormat
Menjunjung bangsa di puncak terhebat
NurPertunjuk
Anak, Wanita, Hamba, Aku oleh Khadijah Jantan
Aku hanyalah seorang anak
perempuan,
Sayang.
Harapan.
Jatuh.
Usaha.
Pengorbanan.
Harapan.
Jatuh.
Usaha.
Pengorbanan.
Aku hanyalah seorang
wanita,
Lemah.
Tewas.
Sakit.
Kecewa.
Bangkit.
Lemah.
Tewas.
Sakit.
Kecewa.
Bangkit.
Aku hanyalah seorang
hambaNya,
Kerdil.
Dosa.
Hina.
Leka.
Lupa.
Kerdil.
Dosa.
Hina.
Leka.
Lupa.
Aku adalah aku,
Lembut.
Tersenyum.
Gagah.
Positif.
Matang.
Lembut.
Tersenyum.
Gagah.
Positif.
Matang.
Aku adalah aku, anak
perempuan, seorang wanita dan salah satu hambaNya.
Khadijah Jantan
Puisi Dan Ruh oleh Layla Alfageer
Puisi itu jasad,
yang memerlukan Ruh
untuk menjadi Hidup.
Tanpa hembusan Hu,
puisi sekadar kata-kata biasa
yang disusun cantik-cantik
agar dapat bersanding di pelamin
tidak berpengantin.
yang memerlukan Ruh
untuk menjadi Hidup.
Tanpa hembusan Hu,
puisi sekadar kata-kata biasa
yang disusun cantik-cantik
agar dapat bersanding di pelamin
tidak berpengantin.
Tanpa nafas Haq,
puisi hanyalah tulisan mati
daripada manusia kepada manusia
daripada manusia kepada Allah.
Dengan Ruh,
puisi menjadi hidup
tidak lagi aku yang tulis
tidak lagi engkau yang baca
Puisi yang Hidup itu
menari di dalam Allah
dari Allah kepada Allah.
debu tenggelam di dalam Dakwat.
puisi hanyalah tulisan mati
daripada manusia kepada manusia
daripada manusia kepada Allah.
Dengan Ruh,
puisi menjadi hidup
tidak lagi aku yang tulis
tidak lagi engkau yang baca
Puisi yang Hidup itu
menari di dalam Allah
dari Allah kepada Allah.
debu tenggelam di dalam Dakwat.
Layla Alfageer
Somnambulisme (Tidur Berjalan) oleh Noridah Kamari
bulan,
Rujukan: Noridah Kamari - Puisi & Prosa
malam yang engkau muntahkan dari kerongkong waktu
tidak menyesatkan aku lebih dari igauan ini
tidak menyesatkan aku lebih dari igauan ini
tiada kejora di
hamparan gelita ini
tiada bima sakti mencalit peta angkasa
tiada sahut pungguk mengintip bayangmu
tiada larik sinar tanda hadirnya ubun suria
tiada bima sakti mencalit peta angkasa
tiada sahut pungguk mengintip bayangmu
tiada larik sinar tanda hadirnya ubun suria
tidak terasa tubuh
ligat berdansa
di lantai fana kehidupan
bak daun terapung di sungai masa
mengalir pasti menuju muara
di lantai fana kehidupan
bak daun terapung di sungai masa
mengalir pasti menuju muara
dengan mata ketap
terkatup
menyusur tinggi gunung
melewat rendah lembah
tenggelam dalam igauan panjang
tidak terlintas di benak minda
esok mungkin bukan milik diri
menyusur tinggi gunung
melewat rendah lembah
tenggelam dalam igauan panjang
tidak terlintas di benak minda
esok mungkin bukan milik diri
bulan,
seperti engkau yang pinjam cahaya mentari
aku juga meminjam kehidupan ini
seperti engkau yang pinjam cahaya mentari
aku juga meminjam kehidupan ini
bila daun itu menggeliatkan
diri
untuk gugur atas goyangan takdir
kaki ini juga akan rebah
terhembuslah nafas terakhir
menahan bisa seribu pedang
untuk gugur atas goyangan takdir
kaki ini juga akan rebah
terhembuslah nafas terakhir
menahan bisa seribu pedang
tatkala buluh-buluh
darah
dan jentera dalam tubuh
hilang penggeraknya, kaku
tatkala airmata dan keringat
mengalir tanpa lembapnya, beku
dan jentera dalam tubuh
hilang penggeraknya, kaku
tatkala airmata dan keringat
mengalir tanpa lembapnya, beku
janji itu akan
menemuiku
dan mataku jelas terbuka
bahawa dalam hidup, aku hanya tidur berjalan
dan dalam mati, aku akan benar-benar celik!
dan mataku jelas terbuka
bahawa dalam hidup, aku hanya tidur berjalan
dan dalam mati, aku akan benar-benar celik!
bulan,
kau juga akan pudar
bersama mimpi-mimpi
kau juga akan pudar
bersama mimpi-mimpi
Noridah Kamari
Khadamkah Guru? Oleh Nurul Arini Junaidi
Kenapa kau jadi guru?
Kenapa?
Kenapa menjadi khadam
intelek atasan?
Kenapa?Kenapa kau
laksanakan suruhan yang terpandai?
Kenapa?
Kenapa kau sanggup
mengajar anak mereka yang pemalas dan lupa?
Apa keuntungan kau?
Apa?
Apa yang dapat kau
berikan?
Apa?
Apa ilmu yang dikongsi
dengan anak-anak mereka?
Apa?
Khadam mengajar anak
si intelek?
Adilkah?
Betulkah itu?
Buat apa?
Suruh saja mereka
didik anak sendiri
Suruh saja si atasan
memandaikan benih kepunyaan mereka.
Suruh saja
mereka curahkan otak si kecil.
Berteruslah
Yang punya si pandai,
akan terus pandai
Yang punya si bodoh,
akan terus bodoh
Yang punya si
terumbang-ambing, teruslah tidak ke sana atau sini
Jadi apa gunanya kau
GURU?
Mereka memanjat
Memijak kepalamu
Mereka berdiri di
kepalamu
Mereka berjaya
Usaha sendiri?
Mana kau dalam formula
kejayaan?
Nampaknya tiada
Lenyap begitu sahaja
TAPI SEBENARNYA!
Tapi sebenarnya kau
malaikat
Kau bidadari
Kau rendah yang
tertinggi
Kau adalah semua yang
si intelek tidak akan mengerti.
Kau guru,
adalah menteri
adalah peguam
adalah doktor
adalah jurutera
adalah pakar psikologi
Kau juga, adalah
pelukis
adalah penari
adalah penyair
Kau guru,
adalah penggerak,
pemangkin fikiran,
pelopor keihsanan
pembina masyarakat
Kau guru,
adalah mereka.
Kau guru,
berkekalan hingga
akhirnya usia.
Kau guru,
Kekuatan si sang
pemimpi
Harapan si kerdil dan
lemah
Kau guru,
adalah semuanya.
Yang tak perlukan
pengiktirafan
Yang merendahkan diri
demi peninggian generasi baru
Yang membuka ruang
demi mereka yang berpeluang
Yang memberi kejayaan
makna
Yang memberi kegagalan
kuasa
Yang terus-menerus
berjuang
Untuk perjuangan anak
muda
Khadam kau katakan?
Bukan,
Sungguhnya
bukan.
Nurul Arini Junaidi
Monday, 29 October 2012
Sang Tua oleh Muhd Hafiz Yusof
mata kuyumu ditelan zaman
reput kulitmu menentang kepenatan
jauh pandanganmu meniti usia
gerak langkahmu terbenam hasrat
seribu tahun di pohon berimbun
sejuta malam berputik bintang
selangkah salah, terpesuk iman.
Muhd Hafiz Yusof
Hadiah Kedua Sayembara Noktah Putih Sajak 2006
reput kulitmu menentang kepenatan
jauh pandanganmu meniti usia
gerak langkahmu terbenam hasrat
seribu tahun di pohon berimbun
sejuta malam berputik bintang
selangkah salah, terpesuk iman.
Muhd Hafiz Yusof
Hadiah Kedua Sayembara Noktah Putih Sajak 2006
Kehidupan oleh Ndek
Kehidupan
Umpama sebuah bahtera
Yang membawa bekalan
Menuju ke pelabuhan
Bagaikan air laut pasang surut silih berganti
Adalah satu perjuangan
Umpama sebuah bahtera
Yang membawa bekalan
Menuju ke pelabuhan
Bagaikan air laut pasang surut silih berganti
Adalah satu perjuangan
Yang penuh dengan halangan
Pecah belahkan erti sebenar kehidupan
Berasa puas pabila berjaya
Namun pula, putus asa bila gagal
Pecah belahkan erti sebenar kehidupan
Berasa puas pabila berjaya
Namun pula, putus asa bila gagal
Awan putih dan langit biru pun berubah
jadi kelabu
Senja perlahan melabuhkan tirainya
Beri laluan kepada malam
Malangnya kita sebagai manusia
Tidak pernah bertanya pada diri
Mengapa terlerainya pahala dosa
Sepanjang perjalanan hidup ini?
Senja perlahan melabuhkan tirainya
Beri laluan kepada malam
Malangnya kita sebagai manusia
Tidak pernah bertanya pada diri
Mengapa terlerainya pahala dosa
Sepanjang perjalanan hidup ini?
Ndek
Antara Masa Dan Rasa oleh Khaziah Yem
Antara masa dan
rasa
Saling menjeling
Semakin jauh perginya masa
Semakin kuat pula rasa
Tarikan rasa semakin kuat
Tika waktu bergerak cepat
Masa tidak mungkin menunggu
Putaran tangan jam melangkah Tepat
Saat Demi Saat
Apa peduli pada rasa
Tiba masa redalah ia
Kalau mudah janji duniawi
Tenang hati untuk mengerti
Rasa masih terasa sedangkan masa jauh sudah perginya
Semakin jauh perginya masa
Semakin kuat pula rasa
Tarikan rasa semakin kuat
Tika waktu bergerak cepat
Masa tidak mungkin menunggu
Putaran tangan jam melangkah Tepat
Saat Demi Saat
Apa peduli pada rasa
Tiba masa redalah ia
Kalau mudah janji duniawi
Tenang hati untuk mengerti
Rasa masih terasa sedangkan masa jauh sudah perginya
Khaziah Yem
Permukahan Jenis Apa? oleh Muhd Andi Mohd Zulkepli
Jangan nanti di saat Tuhan bertanyakan 'Di mana intifadamu?'
kau terkedu membatu
karena tak pernah sekalipun kau berdamping dengan kaum miskin dan
tertindas
atau, kau berbicara 'kepada' mereka dan bukan 'dengan' mereka
atau, kau sekalipun tak pernah mendoakan anak-anak yatim dan miskin
sedang dengan bangsatnya kau berhajat kepada mereka untuk
melangsungkan urus niaga konsumeris dan materimu
tanpa sedikitpun rasa segan dan malumu
atau, kau perkirakan memang selayaknya mereka dibiar terus bergelumang
dengan 'dosa' dunia
yang direkayasa oleh para birokrat, teknokrat dan para pembangsat yang
berselindung di balik topeng senyuman muka para politikus, para cendekia dan
para alim ulama
yang bangsatnya kepada kemanusiaan dan kepada kemanusiaanlah ia telah
berzina!
dan permukahan inilah
yang paling jijik dan sebusuk-busuknya
buat anak bangsa
di masa muka
dan anak bangsa di masa muka nanti
harus melawan tanpa pamitan
tanpa ragu-ragu!
Muhd Andi Mohd Zulkepli
Hipokritkah Aku oleh Putri Lily
Hipokritkah aku
Bila lahir dari rahim insan yang beragama Islam
Hakikatnya keIslamanku dinilai melalui kurangnya amalan
Yah! Sewajarnya begitu
Kerana akhlakku saja mungkin sempurna
Walhal ketakwaanku belum merangkumi semua
Pun begitu aku bersyukur
Kerana tergolong dalam lingkungan
Insan-insan yang menginsafi diri
Hipokritkah aku
Bila mengundang para sahabat menutup aurat
Hakikatnya keikhlasanku dinilai melalui terdengarnya suara
Yah! Sewajarnya begitu
Kerana tubuhku saja yang dilingkupi
Walhal suaraku lantang melisankan hasrat hati
Pun begitu aku bersyukur
Kerana tergolong dalam lingkungan
Insan-insan yang menjaga sahsiah diri
Hipokritkah aku
Bila berkongsi ilmu melalui topik berunsur agama
Hakikatnya perkongsianku dinilai melalui tiru dan lekat
Yah! Sewajarnya begitu
Kerana sekadar bermotifkan beri pendapat
Walhal sedar akan kejahilan
Pun begitu aku bersyukur
Kerana tergolong dalam lingkungan
Insan-insan yang mahu bermula...
Putri Lily
Bila lahir dari rahim insan yang beragama Islam
Hakikatnya keIslamanku dinilai melalui kurangnya amalan
Yah! Sewajarnya begitu
Kerana akhlakku saja mungkin sempurna
Walhal ketakwaanku belum merangkumi semua
Pun begitu aku bersyukur
Kerana tergolong dalam lingkungan
Insan-insan yang menginsafi diri
Hipokritkah aku
Bila mengundang para sahabat menutup aurat
Hakikatnya keikhlasanku dinilai melalui terdengarnya suara
Yah! Sewajarnya begitu
Kerana tubuhku saja yang dilingkupi
Walhal suaraku lantang melisankan hasrat hati
Pun begitu aku bersyukur
Kerana tergolong dalam lingkungan
Insan-insan yang menjaga sahsiah diri
Hipokritkah aku
Bila berkongsi ilmu melalui topik berunsur agama
Hakikatnya perkongsianku dinilai melalui tiru dan lekat
Yah! Sewajarnya begitu
Kerana sekadar bermotifkan beri pendapat
Walhal sedar akan kejahilan
Pun begitu aku bersyukur
Kerana tergolong dalam lingkungan
Insan-insan yang mahu bermula...
Putri Lily
Saturday, 27 October 2012
Surat-Surat Kirimanku oleh ZRSyukurnia
Ku kirimkan
Surat-surat kesejahteraan
Untuk yang ada di ingatan
Surat-surat penyesalan
Memohon keampunan atas kesilapan
Untuk yang ada di ingatan
Surat-surat penyesalan
Memohon keampunan atas kesilapan
Surat-surat kesyukuran
Berterima kasih adanya kehidupan
Surat-surat permohonan
Kerana sentiasa memerlukan pertolongan
Surat-surat kerinduan
Saat diri terasa amat berjauhan
Setiap surat yang ku kirimkan
Ku mulakan dengan nama Yang Satu
Moga semua diterima olehMu
Yang terkini mahupun terdahulu
Ditulis oleh:
Yang sedar dan tahu
Bahawa tanpaMu, tiada diriku.
Berterima kasih adanya kehidupan
Surat-surat permohonan
Kerana sentiasa memerlukan pertolongan
Surat-surat kerinduan
Saat diri terasa amat berjauhan
Setiap surat yang ku kirimkan
Ku mulakan dengan nama Yang Satu
Moga semua diterima olehMu
Yang terkini mahupun terdahulu
Ditulis oleh:
Yang sedar dan tahu
Bahawa tanpaMu, tiada diriku.
ZRSyukurnia
Muflis oleh Yesmint K. Hussein
Kayuh aku pamerkan betis
Biar jauh keringat menitis
Padamkan semua kata manis
Yang tinggal hanya jiwa sinis
Kenapa diikut setiap baris?
Kulitnya tebal, otaknya tipis.
Kenapa disusun berlapis-lapis?
Kukunya tajam sedia menghiris.
Lontarkan semua, biar laris
Biar bertikam sampai habis
Hiduplah aku berkais-kais
Asal jangan menjual gadis
Harta dunia sudahku tepis
Sujud aku jauhkan iblis.
Yesmint K. Hussein
Biar jauh keringat menitis
Padamkan semua kata manis
Yang tinggal hanya jiwa sinis
Kenapa diikut setiap baris?
Kulitnya tebal, otaknya tipis.
Kenapa disusun berlapis-lapis?
Kukunya tajam sedia menghiris.
Lontarkan semua, biar laris
Biar bertikam sampai habis
Hiduplah aku berkais-kais
Asal jangan menjual gadis
Harta dunia sudahku tepis
Sujud aku jauhkan iblis.
Yesmint K. Hussein
Hendak Kau Tunggu Apa? oleh Layla Alfageer
Hendak kau tunggu apa
untuk kau angkat kaki malasmu
untuk mengucup pemegang kunci
pintu syurga yang seorangnya tinggal
Hendak kau tunggu apa
Sederhana dia menjadi harta?
pondok bertukar menjadi istana?
yang biasa menjadi emas permata?
Nafas di hujung-hujung nyawa?
Baru saat itu kau memeluk jasad kaku
dengan linangan air mata seorang pelakon
kau lafazkan, "Aku mencintaimu!"
Hendak kau tunggu apa?
untuk kau angkat kaki malasmu
untuk mengucup pemegang kunci
pintu syurga yang seorangnya tinggal
Hendak kau tunggu apa
Sederhana dia menjadi harta?
pondok bertukar menjadi istana?
yang biasa menjadi emas permata?
Nafas di hujung-hujung nyawa?
Baru saat itu kau memeluk jasad kaku
dengan linangan air mata seorang pelakon
kau lafazkan, "Aku mencintaimu!"
Hendak kau tunggu apa?
Layla Alfageer
Sajak Tok Selampit oleh Zahir Ayub
Berita Harian terbentang luas di atas meja,
Secawan teh katai terletak tidak terusik,
Bau manis kretek Sampoerna berlegaran di udara,
Warna memainkan azan di latar,
Para sahabat keliling mengambil tempat,
Gelanggang sudah tersedia,
7 hari, 7 malam,
Tok Selampit akan bercerita.
Bau manis kretek Sampoerna berlegaran di udara,
Warna memainkan azan di latar,
Para sahabat keliling mengambil tempat,
Gelanggang sudah tersedia,
7 hari, 7 malam,
Tok Selampit akan bercerita.
Al-kisah…
Bukan tentang agama,
Bukan tentang bagaimana hendak menambah pahala,
Bukan tentang iman yang makin lama makin rapuh,
Bukan tentang sejadah yang dibiarkan berlapuk,
Bukan tentang puasa yang tak pernah ditunaikan,
Bukan tentang zakat yang selalu diabaikan,
Bukan tentang naik haji… baru Asar, belum Maghrib kan?
Bukan tentang bagaimana hendak menambah pahala,
Bukan tentang iman yang makin lama makin rapuh,
Bukan tentang sejadah yang dibiarkan berlapuk,
Bukan tentang puasa yang tak pernah ditunaikan,
Bukan tentang zakat yang selalu diabaikan,
Bukan tentang naik haji… baru Asar, belum Maghrib kan?
Bukan tentang Mat Rep
mati dibelasah Sakhong,
Bukan tentang Minah Rep tak kahwin mengandung,
Bukan tentang Boboi sental gam ponteng sekolah,
Bukan tentang Baby selit tisu dalam bra,
Bukan tentang Minah Fering buka tudung lepas madrasah,
Bukan tentang Mahasiswa Munafik, dongak langit dabik dada!
Bukan tentang Minah Rep tak kahwin mengandung,
Bukan tentang Boboi sental gam ponteng sekolah,
Bukan tentang Baby selit tisu dalam bra,
Bukan tentang Minah Fering buka tudung lepas madrasah,
Bukan tentang Mahasiswa Munafik, dongak langit dabik dada!
Bukan tentang bangsa,
Bukan tentang budaya,
Bukan tentang bahasa,
BUKAN, BUKAN, BUKAN!
ITU SEMUA BUKAN-BUKAN!!!
Bukan tentang budaya,
Bukan tentang bahasa,
BUKAN, BUKAN, BUKAN!
ITU SEMUA BUKAN-BUKAN!!!
Ada yang lebih
penting,
Ada yang lebih mustahak,
Ada yang lebih perlukan perhatian!
Ada yang lebih mustahak,
Ada yang lebih perlukan perhatian!
Empat nombor keramat,
Goncang kat kubur malam Jumaat,
Dua kecik, dua besar,
Dah baca bismillah,
Macam mana boleh kalah?
Goncang kat kubur malam Jumaat,
Dua kecik, dua besar,
Dah baca bismillah,
Macam mana boleh kalah?
Mantera sepadi merah,
Nasi dikangkang, bini tetap di rumah,
Sembur kanan, sembur kiri,
Tunggu Dewi, abang mari
Bila lagi Eton nak mati?
Nasi dikangkang, bini tetap di rumah,
Sembur kanan, sembur kiri,
Tunggu Dewi, abang mari
Bila lagi Eton nak mati?
Amin.
7 hari, 7 malam
Tok Selampit terus bercerita
Cerita yang sama tak berubah.
Tok Selampit terus bercerita
Cerita yang sama tak berubah.
Zahir Ayub
Perjalanan Tanpamu Oleh Mohd Redzuan Ja'afar
Aku...aku...aku
Terngiang termenung seorang diri
Dalam ruang hampa yang sangat sunyi
Dalam suasana hati yang gundah gelisah
Sekadar berpegangkan sekeping gambar
Mengenangkan memori kita bersama
Aku...aku...aku...
Melihat kau melalui segala kepahitan seorang diri
Melihat kau mengharungi cabaran Yang Illahi
Sedangkan aku di situ sekadar terdiam terpaku
Menanyakan Tuhan apa yang sebenarnya direncanakan
Adakah ini suatu ujian buat seorang insan?
Aku..aku..aku...
Tak pernah mengerti...tak pernah menghargai
Sayang yang pernah kau beri...ku jatuh...ku sedari...
Kini kau tinggalkan aku, anakmu
Terlambat ku rasa untuk memohon ampun darimu
Ku sedar...ku redha...ku sedar
Bumikan terus berputar...masa kan terus berlalu
Walaupun sekarang aku hanya mampu pergi ke rumahmu
Berbekalkan Yassin, pasrah dan pilu
Ku bangkit
Ku lanjutkan hidup
Ku panjatkan doa kepada yang Esa...khas untuk seorang wanita...kugelarkan Ibu
Mohd Redzuan Ja'afar
Dicurangi Sepi Oleh Shahirah Samsudin
malam ini
pesawat kenanganku
mendarat selamat
penumpang buru-buru
membawa bagasi ceritera
satu demi satu
cereka curang mereka
tentang dia yang curang
mencuri dan merobek hati
tentang masa yang curang
pergi tak kembali
tentang wang yang curang
dihakis dan terkikis
tentang diri sendiri yang curang
pada prinsip nilai agama
namun sepi tidak pernah curang
sentiasa menemani
mendendang irama sunyi malam
menyanyi lagu duka
penuh setia
tapi malam ini
beda sekali
malam membisu
atau aku yang tuli?
akhirnya ku sedari
aku - sendiri
tak ku sangka ku dicurangi
kali ini, oleh dia yang bernama sepi.
Shahirah Samsudin
Baldu Biru Oleh Nurul Arini Junaidi
Azan berkumandang
Bergema, bermain di liang telingaku
Aku terpaku
Terdiam
Tenteram
Rebah di baldu biru
Nafas memberanikanku
Nafas teman hidupku
Azan berkumandang
Pangilan buat diriku
Redha dengan cabaran hidup
Mengenggam amanah
Matlamat hidup
Azan berkumandang
Aku terpaku
Terdiam
Tenteram
Nurul Arini Junaidi
Thursday, 25 October 2012
Pesan oleh NurPertunjuk
Dik, jika kau melangkah kakimu ke ufuk itu
bersedialah
menggugah rasa aman
hilang selera makan
tidur tiada keruan
tidak boleh lagi bicara kosong
setiap kata dipertanggungjawabkan
meski suara tidak kedengaran
di telinga-telinga Dekan
Dik, bila kau ke menara itu
nikmatilah
jamuan-jamuan peluang
dari dewan
mahupun di pinggir jalan
kerana tesis tak semesti kritis
nyanyian bukan hanya hiburan
masyarakat akan melihat kau sebagai calon:
Wirasakti; memikul bebanan
kucing-kucing kelaparan
anak kecil tidak disusukan
wanita bertelanjangan
anak muda suntik-suntikkan
setiap tindakan menuntun pertimbangan
Ingatlah Dik, tidak mudah nakhodai bahtera
Sungai keringat, Lautan tangis
Gunung hampa, Dataran kecewa
tidak kurang pula
Taufan fitnah, Banjiran cerca
yang paling bahaya
lintasan Halimun hasad
menikam kejam dalam diam
semuanya harus kau tentang
dengan alunan kesabaran
Pesanku Dik, jika kau mahu takluk istana
hanya untuk peroleh takhta
aku rasa tidak usah
apa makna meraih takhta
hanya untuk berasa puas
lebih baik kau di luar sana
selongkar rahsia seisi buana
Tapi Dik, jika masih kau mahu ke taman itu
sunting bebunga ilmu
petik bebuah ihsan
tanam bebenih iman
Pergilah Dik...
Jangan lupa
Cium tangan ibumu, minta restu.
NurPertunjuk
Rujukan: Norhidayat - Tinta Sastera NurPertunjuk
bersedialah
menggugah rasa aman
hilang selera makan
tidur tiada keruan
tidak boleh lagi bicara kosong
setiap kata dipertanggungjawabkan
meski suara tidak kedengaran
di telinga-telinga Dekan
Dik, bila kau ke menara itu
nikmatilah
jamuan-jamuan peluang
dari dewan
mahupun di pinggir jalan
kerana tesis tak semesti kritis
nyanyian bukan hanya hiburan
masyarakat akan melihat kau sebagai calon:
Wirasakti; memikul bebanan
kucing-kucing kelaparan
anak kecil tidak disusukan
wanita bertelanjangan
anak muda suntik-suntikkan
setiap tindakan menuntun pertimbangan
Ingatlah Dik, tidak mudah nakhodai bahtera
Sungai keringat, Lautan tangis
Gunung hampa, Dataran kecewa
tidak kurang pula
Taufan fitnah, Banjiran cerca
yang paling bahaya
lintasan Halimun hasad
menikam kejam dalam diam
semuanya harus kau tentang
dengan alunan kesabaran
Pesanku Dik, jika kau mahu takluk istana
hanya untuk peroleh takhta
aku rasa tidak usah
apa makna meraih takhta
hanya untuk berasa puas
lebih baik kau di luar sana
selongkar rahsia seisi buana
Tapi Dik, jika masih kau mahu ke taman itu
sunting bebunga ilmu
petik bebuah ihsan
tanam bebenih iman
Pergilah Dik...
Jangan lupa
Cium tangan ibumu, minta restu.
NurPertunjuk
Rujukan: Norhidayat - Tinta Sastera NurPertunjuk
Hidupku Di Kampung oleh Erdiah Samad
Bintang-bintang
berkerdipan
Si
umang-umang terus berterbangan
Lampu
pelita kini dinyalakan
Halaman
rumah terang-terangan
Lelah
seharian memang terasa
Selepas
seharian melakukan kerja
Untuk
menambah nafkah keluarga
Kepuasannya
memang teruja
Beduk
sudah mula berbunyi
Selimut
dilipat, diletak ke tepi
Tiba
masanya untuk hadiri
Di
hadapan Sang Pencipta, Maha Illahi
Erdiah Samad
Rujukan: Erdiah Samad - Aku penulis setia
Wednesday, 24 October 2012
Kau oleh HafizLia
Kau bukan lah benda
Kau bukan lah barang
Kau bukan sesuatu yang aku bangga-banggakan
Kau adalah manusia
Kau adalah hamba Allah
Kau adalah seseorang yang aku rindukan
Kau jauh dari mata ku
Kau jauh dari peganganku
Namun, kau tetap dihati ku
Kau tak lagi berkata-kata
Kau tak lagi bermesra
Namun, kau tetap aku impikan
Kau kata kau setia
Kau kata kau janji
Namun, semua itu kau mungkiri
Kau kata aku teman
Aku rela menanti
Namun, mengapa kau tinggal dan biarkan aku bersendirian ?
HafizLia
Kau bukan lah barang
Kau bukan sesuatu yang aku bangga-banggakan
Kau adalah manusia
Kau adalah hamba Allah
Kau adalah seseorang yang aku rindukan
Kau jauh dari mata ku
Kau jauh dari peganganku
Namun, kau tetap dihati ku
Kau tak lagi berkata-kata
Kau tak lagi bermesra
Namun, kau tetap aku impikan
Kau kata kau setia
Kau kata kau janji
Namun, semua itu kau mungkiri
Kau kata aku teman
Aku rela menanti
Namun, mengapa kau tinggal dan biarkan aku bersendirian ?
HafizLia
Apa Benar Ini Bangsaku? oleh Shahirah Samsudin
Hari ini aku melihat mereka
Hanya dari jauh
Sudah ku agak;
Mereka masih lagi berkumpul
Bukan berborak tentang wang
Tetapi berborak dengan wang
Kali ini bukan tentang beca, tapi kereta mewah
Tentang anak bini
Tapi tidak tentang masyarakat,
Apa benar ini bangsaku?
Aku melihat mereka,
masih lagi di situ,
bangga dengan ijazah
yang diterbang masuk
lakar strategi perniagaan
jual beli rumah, kumpul-kumpul harta
karipap jalanan tidak hiraukan
masyarakat sendiri dibuang,
Aduh,
Apa benar ini bangsaku?
Aku terus melihat
Mereka masih lagi di situ
Rumah batu tidak cukup empat tingkat
Kereta berderet ibarat anak ayam
Datang malam mengisi ruang hotel
Makan malam istimewa untuk jamuan
Anak-anak muda pula tinggi hidungnya
Peluang kerja; apa? sapu puntung rokok?
Oh tidak! Tak sanggup. Malu nanti.
Apa benar ini bangsaku?
Di balik kesenangan
Tersirat kesusahan
Apa mata bangsaku sudah buta?
Kereta BMW menanti di luar
Si anak beratur mengambil duit biasiswa
Apa benar ini bangsaku?
Yang atas tidur bertilamkan emas
Yang bawah tidur bertilamkan kertas akhbar
Apa yang Atas sudah buta?
Atau buat-buat buta?
Apa yang Bawah benar sudah tidak terdaya
Atau sekadar menanti simpati dan bantuan?
Ya Allah, apa benar ini bangsaku?
Apa benar ini bangsaku?
Dulu aku pernah melihat mereka
Aku panggil mereka bangsaku
Hari ini
Aku masih lagi melihat mereka
Kali ini,
Tanyaku hanya satu,
Apa benar ini bangsaku?
Sudah ku agak;
Mereka masih lagi berkumpul
Bukan berborak tentang wang
Tetapi berborak dengan wang
Kali ini bukan tentang beca, tapi kereta mewah
Tentang anak bini
Tapi tidak tentang masyarakat,
Apa benar ini bangsaku?
Aku melihat mereka,
masih lagi di situ,
bangga dengan ijazah
yang diterbang masuk
lakar strategi perniagaan
jual beli rumah, kumpul-kumpul harta
karipap jalanan tidak hiraukan
masyarakat sendiri dibuang,
Aduh,
Apa benar ini bangsaku?
Aku terus melihat
Mereka masih lagi di situ
Rumah batu tidak cukup empat tingkat
Kereta berderet ibarat anak ayam
Datang malam mengisi ruang hotel
Makan malam istimewa untuk jamuan
Anak-anak muda pula tinggi hidungnya
Peluang kerja; apa? sapu puntung rokok?
Oh tidak! Tak sanggup. Malu nanti.
Apa benar ini bangsaku?
Di balik kesenangan
Tersirat kesusahan
Apa mata bangsaku sudah buta?
Kereta BMW menanti di luar
Si anak beratur mengambil duit biasiswa
Apa benar ini bangsaku?
Yang atas tidur bertilamkan emas
Yang bawah tidur bertilamkan kertas akhbar
Apa yang Atas sudah buta?
Atau buat-buat buta?
Apa yang Bawah benar sudah tidak terdaya
Atau sekadar menanti simpati dan bantuan?
Ya Allah, apa benar ini bangsaku?
Apa benar ini bangsaku?
Dulu aku pernah melihat mereka
Aku panggil mereka bangsaku
Hari ini
Aku masih lagi melihat mereka
Kali ini,
Tanyaku hanya satu,
Apa benar ini bangsaku?
Shahirah Samsudin
*Sebuah sajak balasan kepada sajak "Bangsaku di hari Lahirku" oleh M. Latiff Md
*Sebuah sajak balasan kepada sajak "Bangsaku di hari Lahirku" oleh M. Latiff Md
2 Kalimah Kebenaran oleh Zahir Ayub
aku naik saksi
bahawa tiada nama lain
bagi negaraku
kecuali singaPURA
dan SANG NILA UTAMA
adalah pengasasnya.
Zahir Ayub
bahawa tiada nama lain
bagi negaraku
kecuali singaPURA
dan SANG NILA UTAMA
adalah pengasasnya.
Zahir Ayub
Si Penulis oleh Nurul Arini Junaidi
antara mereka, berdiri dia
mata dan minda memerhati mereka
melihat, memahami, mencuba hanya seberapa
mengenal wajah, rupa dan gaya
pena dipegang, satunya senjata
pabila-jikalau mereka menunjuk belangnya
dia senyap, sepi sahaja
berpena, menulis, puitis mindanya
tidak perlu melafazakan niat 'tau minda
hanya sekadar memerhatikan sahaja
sebaris ubah puitis indah
kerna ubah khalayak ramainya
tidak perlulah dikucup bunga dan alam
tidak perlulah fasa-fasa tulisan bermalam
pentingnya rangkap-baris cerminan kenyataan
mata dan minda memerhatikan mereka
aku menulis di antara mereka.
Nurul Arini Junaidi
mata dan minda memerhati mereka
melihat, memahami, mencuba hanya seberapa
mengenal wajah, rupa dan gaya
pena dipegang, satunya senjata
pabila-jikalau mereka menunjuk belangnya
dia senyap, sepi sahaja
berpena, menulis, puitis mindanya
tidak perlu melafazakan niat 'tau minda
hanya sekadar memerhatikan sahaja
sebaris ubah puitis indah
kerna ubah khalayak ramainya
tidak perlulah dikucup bunga dan alam
tidak perlulah fasa-fasa tulisan bermalam
pentingnya rangkap-baris cerminan kenyataan
mata dan minda memerhatikan mereka
aku menulis di antara mereka.
Nurul Arini Junaidi
Jenama oleh ZRSyukurnia
Jika tanda betul bukan Nike
Apakah ia masih berbaloi dimiliki?
Jika angsa bukan Swarovski
Apakah ia masih bernilai tinggi?
Jika dua G yang bercantum bukan Gucci
Apakah ia masih dijaga rapi?
Jika puma bukan Puma
Apakah ia masih dianggap sebuah jenama?
Jika jenama hilang nama
Apakah ia masih berharga
Atau tinggal 'je' sahaja?
Andai diri serba sederhana
Ada jenama atau tiada
Ia tetap mampu mencetuskan ucapan:
Syukur alhamdulillah.
ZRSyukurnia
Apakah ia masih berbaloi dimiliki?
Jika angsa bukan Swarovski
Apakah ia masih bernilai tinggi?
Jika dua G yang bercantum bukan Gucci
Apakah ia masih dijaga rapi?
Jika puma bukan Puma
Apakah ia masih dianggap sebuah jenama?
Jika jenama hilang nama
Apakah ia masih berharga
Atau tinggal 'je' sahaja?
Andai diri serba sederhana
Ada jenama atau tiada
Ia tetap mampu mencetuskan ucapan:
Syukur alhamdulillah.
ZRSyukurnia
Friday, 12 October 2012
Aku, Kamu dan Garisan Nipis oleh Shahirah Samsudin
Antara impian dan kenyataan
Andai saja dapat kita campurkan keduanya
Impian dalam kenyataan dan
Kenyataan dalam impian
Jalan cerita kita pasti berbeda
Tidak seperti kata mereka
Tidak seperti realiti ngeri
Tidak seperti rumi dan juli
Pasti nasib kita berubah
Kau dan aku bersama
Dalam sebuah kisah
Yang padat dipenuhi suka dan duka
Pasti
Aku pasti, bahagia.
Tapi sayang
Impian adalah impian
Sekadar sebuah fantasi
Kenyataan adalah kenyataan
Sayangnya, sebuah realiti.
Aku dan kamu
Terpisah oleh sebuah garisan
Yang sangat sangat nipis
Yang hampir tenggelam
Dek dalamnya cinta kita
Yang hampir hangus
Oleh hangatnya asmara
Yang hampir saja hilang
Menempuhi perjalanan yang
Sangat jauh jaraknya.
Cinta saja tidak mencukupi, sayang.
Ini kenyataan, butuh wang, harta, pendidikan, taraf, nama, rupa, darjat.
Kenapa itu semua?
Sedangkan yang lain masih berperang
Membuktikan kesetiaan, meyakinkan pasangan, menegakkan kebenaran,
menjauhi perselingkuhan
Tetap bersama.
Tetap bahagia.
Dan kita,
Berbekal cinta yang kental, bersenjatakan
kasih yang dalam, berteman sayang yang kekal, apa kita tidak punya hak untuk bersama dan
bahagia?
Tidak.
Jauh terpisah.
Sama sekali tidak bahagia.
Kita, tidak seperti yang lain,
Berdepan dengan perang yang berbeza.
Perang material.
Sanggupkah kita terus dalam alam realiti ini, menyerang kuasa-kuasa yang tak terkalahkan,
mempertahankan cinta yang tak ke mana?
Apa mungkin kita meninggalkan kehidupan sedia ada dan membina yang baru, ke alam yang kita
namakan 'impian'? Mahukah kita? Bolehkah kita? Mampukah kita?
Bahagiakah kita?
Garisan yang sememangnya nipis
Membawa perbezaan yang besar
Garisan yang hampir tidak kelihatan
Mendefinisikan kau dan aku
Mendefinisikan impian kita, kenyataan kita.
Shahirah Samsudin
Andai saja dapat kita campurkan keduanya
Impian dalam kenyataan dan
Kenyataan dalam impian
Jalan cerita kita pasti berbeda
Tidak seperti kata mereka
Tidak seperti realiti ngeri
Tidak seperti rumi dan juli
Pasti nasib kita berubah
Kau dan aku bersama
Dalam sebuah kisah
Yang padat dipenuhi suka dan duka
Pasti
Aku pasti, bahagia.
Tapi sayang
Impian adalah impian
Sekadar sebuah fantasi
Kenyataan adalah kenyataan
Sayangnya, sebuah realiti.
Aku dan kamu
Terpisah oleh sebuah garisan
Yang sangat sangat nipis
Yang hampir tenggelam
Dek dalamnya cinta kita
Yang hampir hangus
Oleh hangatnya asmara
Yang hampir saja hilang
Menempuhi perjalanan yang
Sangat jauh jaraknya.
Cinta saja tidak mencukupi, sayang.
Ini kenyataan, butuh wang, harta, pendidikan, taraf, nama, rupa, darjat.
Kenapa itu semua?
Sedangkan yang lain masih berperang
Membuktikan kesetiaan, meyakinkan pasangan, menegakkan kebenaran,
menjauhi perselingkuhan
Tetap bersama.
Tetap bahagia.
Dan kita,
Berbekal cinta yang kental, bersenjatakan
kasih yang dalam, berteman sayang yang kekal, apa kita tidak punya hak untuk bersama dan
bahagia?
Tidak.
Jauh terpisah.
Sama sekali tidak bahagia.
Kita, tidak seperti yang lain,
Berdepan dengan perang yang berbeza.
Perang material.
Sanggupkah kita terus dalam alam realiti ini, menyerang kuasa-kuasa yang tak terkalahkan,
mempertahankan cinta yang tak ke mana?
Apa mungkin kita meninggalkan kehidupan sedia ada dan membina yang baru, ke alam yang kita
namakan 'impian'? Mahukah kita? Bolehkah kita? Mampukah kita?
Bahagiakah kita?
Garisan yang sememangnya nipis
Membawa perbezaan yang besar
Garisan yang hampir tidak kelihatan
Mendefinisikan kau dan aku
Mendefinisikan impian kita, kenyataan kita.
Shahirah Samsudin
Thursday, 11 October 2012
Naung oleh Mohd Redzuan Ja'afar
(Dinyanyikan oleh Mohd Redzuan Ja'afar dan Asyifah Lya Rashid, digubah oleh Mohd Redzuan Ja'afar)
Dunia ini... dunia ini penuh dengan onak dan duri
Walau bersembunyi pasti tetap menyakiti
Namun... namun dengan berkat doa
Namun... namun dengan cinta sesama manusia
Itulah senjata menghadapi cabaran melanda
Manusia bersatu... jiwa pula bersepadu
Tak kira pangkat, harta ataupun warna kulitmu
Kasih sayang dicurahkan
Hidup penuh pengertian
Bermulanya kebebasan...
Kebebasan bawah naungan bersama
Tiada yang tepat, tiada lagi yang sempurna
Ada yang kaya ada yang meminta
Luaskan payung semua berteduh
Memberi makna untuk beribu
Tangan diangkat citra kesyukuran
Naung... bagaikan cahaya
Tempatnya berlindung
Harapan dibawa
Naung... satu-satu yang aku cari
Sebagai insan lemah ini
Untuk terus kekal berdiri
Mohd Redzuan Ja'afar
Wednesday, 10 October 2012
Hilang Sudah Rentak Tarinya oleh Muhd Nadim Adam
Siapa gerangan si anak muda yang berjiwa gundah?
Saban hari mencari rentak tarinya yang semakin pudar
Setiap detik jantungnya berdebar-debar
Menantikan suatu kepastian yang
sebenarnya masih belum sudah
Saban hari mencari rentak tarinya yang semakin pudar
Setiap detik jantungnya berdebar-debar
Menantikan suatu kepastian yang
sebenarnya masih belum sudah
Cuba dijejak rentak tarinya yang semakin pudar
Diselongkarnya sejarah silam, diterokainya angkasaraya
Namun masih ada rasa sangsi, masih kurang berani,
dimomok perasaan kerdil dan rendah diri
Menjadi racun mawar berduri
Diselongkarnya sejarah silam, diterokainya angkasaraya
Namun masih ada rasa sangsi, masih kurang berani,
dimomok perasaan kerdil dan rendah diri
Menjadi racun mawar berduri
Di kiri dan kanan masa terus berlari, tiada kembali
Malangnya rentak tari itu semakin jauh menghilang
Di tengah-tengah suara sumbang laungan bergema
Menyeru jelata supaya Melayu jangan mudah lupa
Kerana hari ini kita rasa berjaya,
namun esok lusa janganlah alpa
Malangnya rentak tari itu semakin jauh menghilang
Di tengah-tengah suara sumbang laungan bergema
Menyeru jelata supaya Melayu jangan mudah lupa
Kerana hari ini kita rasa berjaya,
namun esok lusa janganlah alpa
Masih lagi terngiang-ngiang di telinga akan pesanan bonda
Katanya secara selamba, "Apa guna melaung merdeka?
Sedangkan kaki dirantai, mulut dikunci, jiwa dijajah"
Katanya secara selamba, "Apa guna melaung merdeka?
Sedangkan kaki dirantai, mulut dikunci, jiwa dijajah"
Maka anak muda itu semakin gundah
Pudar rentak tarinya masih belum terbela
Akibat anak-anak bangsa yang semakin terlupa arah
Masing-masing mencari bahagia, lalu beraja di hati,
sehingga tewas, membakar diri sendiri.
Pudar rentak tarinya masih belum terbela
Akibat anak-anak bangsa yang semakin terlupa arah
Masing-masing mencari bahagia, lalu beraja di hati,
sehingga tewas, membakar diri sendiri.
Muhd Nadim Adam
Dalam Ketahuan... oleh Muhd Andi Mohd Zulkepli
kita semua pernah dalam keadaan tak tahu
setelah bertatih belajar
dan ditunjuk ajar
barulah kita menjadi tahu
tapi di sini bukan bererti kita sudah tahu segala
biarpun kita sudah serba tahu
kerana kehidupan terus menghadirkan segala macam bentuk ketidaktahuan
yang berakar dari ketidaktentuan
maka,
bencanalah kiranya kita sudah mula sok tahu
ataupun menunjuk angkuh menunjuk tahu
tanpa ada kesedaran kita sering dalam keadaan dialektik tahu-dan-tak tahu
kerana ketidaktahuan harus menjadi modal
setiap anak, ibu dan ayah
setiap pemimpin dan yang dipimpin
untuk tidak terus diam tak berganjak
dan wajiblah mengukir dan mencoret
mengetuk dan mengukir
menggodam dan mengubah
kehidupan!
Muhd Andi Mohd Zulkepli
setelah bertatih belajar
dan ditunjuk ajar
barulah kita menjadi tahu
tapi di sini bukan bererti kita sudah tahu segala
biarpun kita sudah serba tahu
kerana kehidupan terus menghadirkan segala macam bentuk ketidaktahuan
yang berakar dari ketidaktentuan
maka,
bencanalah kiranya kita sudah mula sok tahu
ataupun menunjuk angkuh menunjuk tahu
tanpa ada kesedaran kita sering dalam keadaan dialektik tahu-dan-tak tahu
kerana ketidaktahuan harus menjadi modal
setiap anak, ibu dan ayah
setiap pemimpin dan yang dipimpin
untuk tidak terus diam tak berganjak
dan wajiblah mengukir dan mencoret
mengetuk dan mengukir
menggodam dan mengubah
kehidupan!
Muhd Andi Mohd Zulkepli
Ragu oleh Khaireen Faezah
Lautan hati berdarah,
Berhitam di mata,
Beraja di minda,
Berimba di jiwa
Terasing sepi menyendiri,
Mengimbas kembali cerminan hati,
Kini persoalan menanti,
Bersinarkah lagi kemudian hari ...?
Khaireen Faezah
Berhitam di mata,
Beraja di minda,
Berimba di jiwa
Terasing sepi menyendiri,
Mengimbas kembali cerminan hati,
Kini persoalan menanti,
Bersinarkah lagi kemudian hari ...?
Khaireen Faezah
Tuesday, 2 October 2012
Kalau Hati oleh Khadijah Jantan
Kalau hati boleh bersuara,
Akan ia meneriak sejuta kebahagiaan.
Akan ia meneriak sejuta kebahagiaan.
Kalau hati boleh bersuara,
Akan ia memaki sejuta kemarahan.
Akan ia memaki sejuta kemarahan.
Kalau hati boleh bersuara,
Akan ia menangis sejuta kesedihan.
Akan ia menangis sejuta kesedihan.
Kalau hati boleh bersuara,
Akan ia meraung sejuta kesakitan.
Akan ia meraung sejuta kesakitan.
Tapi hati adalah hati.
Ia tidak bersuara.
Hanya merasa.
Ia tidak bersuara.
Hanya merasa.
Khadijah Jantan
Gigi Nadim Masih Rongak oleh Noridah Kamari
ada pulau dilanggar todak
ikan panjang lungsur terlajak
ibarat lanun serang serentak
bencana laut datang menembak
orang kampung duduk tersentak
malapetaka tidak diagak
betis rakyat seperti balak
di pinggir laut disuruh letak
riuhlah raung, pekik dan lalak
menahan pedih daging dilasak
bagai hancur ditetak kapak
hanya airmata menahan sebak
hadir Nadim gigi rongak
tubuh kecil kanak-kanak
tidak terduga hebatnya watak
beri jawapan paling bijak
batang pisang dijadi pasak
tikaman todak nan menggertak
ada orang hati bengkak
mata merah jiwa koyak
iri bertukar menjadi dedak
takut Nadim junjung tanjak
nama harum serata puak
sedang diri sehina gagak
"gigi Nadim masih rongak
bak buah belum masak
belum berlari lagi merangkak
tiada bistari dalam otak
tiada seni kata terlajak
maklumlah...sebab akal budak"
rupa berubah bak biawak
menukar kulit mengikut corak
ibarat pagar padi dilanyak
hai...batu api terus menginjak
"gigi Nadim masih rongak
dibiar liar sukar dijinak
nanti besar naik lemak
makhota Tuanku akan dipijak
pasti bongkak dan penuh riak
bunuh, nanti jadi penderhaka kelak"
dari babak ke babak
daun kuning diselak-selak
kalam purba masih bergerak
menayang kisah nan tercetak
jika tercabar oleh si budak
bijaklah engkau dalam bertindak
kenangkan Nadim sejarah retak
ilham tidak mengerling almanak
pada putih rambut atau gigi rongak
pada lewat usia atau akal budak
Noridah Kamari
Rujukan: Noridah Kamari - Puisi & Prosa
ikan panjang lungsur terlajak
ibarat lanun serang serentak
bencana laut datang menembak
orang kampung duduk tersentak
malapetaka tidak diagak
betis rakyat seperti balak
di pinggir laut disuruh letak
riuhlah raung, pekik dan lalak
menahan pedih daging dilasak
bagai hancur ditetak kapak
hanya airmata menahan sebak
hadir Nadim gigi rongak
tubuh kecil kanak-kanak
tidak terduga hebatnya watak
beri jawapan paling bijak
batang pisang dijadi pasak
tikaman todak nan menggertak
ada orang hati bengkak
mata merah jiwa koyak
iri bertukar menjadi dedak
takut Nadim junjung tanjak
nama harum serata puak
sedang diri sehina gagak
"gigi Nadim masih rongak
bak buah belum masak
belum berlari lagi merangkak
tiada bistari dalam otak
tiada seni kata terlajak
maklumlah...sebab akal budak"
rupa berubah bak biawak
menukar kulit mengikut corak
ibarat pagar padi dilanyak
hai...batu api terus menginjak
"gigi Nadim masih rongak
dibiar liar sukar dijinak
nanti besar naik lemak
makhota Tuanku akan dipijak
pasti bongkak dan penuh riak
bunuh, nanti jadi penderhaka kelak"
dari babak ke babak
daun kuning diselak-selak
kalam purba masih bergerak
menayang kisah nan tercetak
jika tercabar oleh si budak
bijaklah engkau dalam bertindak
kenangkan Nadim sejarah retak
ilham tidak mengerling almanak
pada putih rambut atau gigi rongak
pada lewat usia atau akal budak
Noridah Kamari
Rujukan: Noridah Kamari - Puisi & Prosa