Tuesday 14 May 2013

Tunduk oleh Nurdiyanah Samsuri

Aku hawa
Yang tunduk kepada adam
Itu tidak membawa makna
Aku seorang khadam

Mematuhi segala kata
Memahami setiap yang tersirat
Menurut titah perintah
Adalah persediaan untuk akhirat

Hawa tunduk tanda hormat
Adam harus semai hormat

Perintahnya adam bukannya kuasa
Melainkan sebuah kepimpinan
Yang diuji dan dibukti oleh masa
Keberkesanannya tiada jaminan

Hawa tunduk kerana patuh
Adam didoakannya jangan jatuh

Perkahwinan itu bukan perjudian
Ia hidup sebagai sebuah perjuangan
Pasangan bukan bahan penilaian
Dia adalah teman seperjuangan

Hawa tunduk bukan untuk dipijak
Adam berdiri bukan untuk memijak

Aku bukan seorang khadam
Yang tunduk kepada adam
Amanah sama berat yang ku bawa
Kerana aku hawa

Nurdiyanah Samsuri

0 comments :

Post a Comment