Saturday 4 May 2013

Nasi Di Meja Oleh Ummu Mujahid

Bersyukurlah kerna masih ada rezeki di meja,
Walaupun hanya nasinya sahaja. 

Bersyukurlah kerna masih bisa menjamu selera,
Kerna tak tentu nikmat menjamu akan kekal selamanya.

Maafkanlah kerna kekurangan lauknya
Kerna yang membungkus tergesa-gesa didesak oleh tetamu yang ingin pulang
kerana saudara di rumah sudah lapar
Maafkanlah kerna mungkin yang membungkus tidak sedar akan 
ketiadaaan daging mahupun ayamnya kerna didesak oleh tetamu yang ingin pulang
kerana saudara di rumah sudah lapar
Maafkanlah kerna ketidakpedulian diri sendiri untuk menjenguk apa yang terkandung
di dalam beg plastik yang diterima

namun tiada bermaksud untuk membiarkan sesuatu berlaku dengan sengaja

Bersyukurlah kerna masih ada rezeki di meja,
Walaupun hanya nasinya sahaja.

Bersyukurlah kerna masih bisa menjamu selera,
Kerna tak tentu nikmat menjamu akan kekal selamanya

Sajak dikarang bukan untuk menyindir mahupun bersyarah
Sajak dikarang kerna aku kisah
Dan tegur menyapa sesama saudara
Memang diperintah oleh Allah yang Esa

Hidup terlalu singkat untuk kecewa atau dipenuhi dengan amarah,
hidup terlalu singkat untuk menikmati segala nikmat yang tersedia
Kerna belum pasti nikmat yang ada akan kekal selamanya
Maka setiap saat marilah kita cuba untuk mengucap syukur ke hadrat Ilahi

Walaupun yang ada hanya nasi di meja...

Ummu Mujahid

0 comments :

Post a Comment