Sekali nafas kuhayun ke selat
Hangatnya jitu berpaling
Dan resah jadi ramah
Hari ini kita bukan Malaya lagi
Hari ini kita bukan Tebrau lagi
Kita dah ada segala-galanya
(atau begitulah kita kira)
Kita ada Mendaki
Kita ada AMP
Kita dah tak papa lagi
Hari ini kita lupa main jong
Hari ini kita lupa beronggeng
Kita ada rap
Kita ada rock n roll
Kita ada dadah
Kita ada samseng perempuan juga
Tetapi kita tak payah risau lagi
Kita ada Pertapis
Kita ada Rumah Perintis
Hari ini kita mampu lupakan sengsara
Hari ini kita boleh lupakan diri juga kalau kita mahu
Di kota yang tak pernah selesai
Kita jadi tikus peliharaan
Di kota yang tak pernah selesai
Apa lagi yang harus digadai?
Rafaat Haji Hamzah
Rujukan: Rafaat Haji Hamzah, (2007). Yang Bilang. Singapura: COKELAT.
Hangatnya jitu berpaling
Dan resah jadi ramah
Hari ini kita bukan Malaya lagi
Hari ini kita bukan Tebrau lagi
Kita dah ada segala-galanya
(atau begitulah kita kira)
Kita ada Mendaki
Kita ada AMP
Kita dah tak papa lagi
Hari ini kita lupa main jong
Hari ini kita lupa beronggeng
Kita ada rap
Kita ada rock n roll
Kita ada dadah
Kita ada samseng perempuan juga
Tetapi kita tak payah risau lagi
Kita ada Pertapis
Kita ada Rumah Perintis
Hari ini kita mampu lupakan sengsara
Hari ini kita boleh lupakan diri juga kalau kita mahu
Di kota yang tak pernah selesai
Kita jadi tikus peliharaan
Di kota yang tak pernah selesai
Apa lagi yang harus digadai?
Rafaat Haji Hamzah
Rujukan: Rafaat Haji Hamzah, (2007). Yang Bilang. Singapura: COKELAT.
0 comments :
Post a Comment