Monday 2 December 2013

Mengejar Makna oleh Nurul Arini Junaidi

Wujud,
ada tanpa suara
sedia pabila tiada

percaya ia selalu di sisi
bentuk begitu sahaja. 



Hadir, 

diperhatikan mata

seronok dalam bicara

sama dan setia

datang-pergi semata-mata.

Ada,

seperti udara

wujud dan hadir
tapi sukar untuk merasanya

kecuali udara menjadi angin

terasa juga.



Hilang,

sekelip mata 

ia mati 

tenang atau sudah pergi

yang tinggal hanya aku yang meronta-ronta cari.



Kosong,
sudah pudar dan lenyap

bagaikan tidak pernah wujud, hadir atau ada
tiada yang kekal selamanya. 

Kesannya, 

kekosongan jiwa.


Nurul Arini Junaidi

0 comments :

Post a Comment