Friday 22 November 2013

Sejarah oleh Mohd Latiff Mohd

Sejarah itu berlalu bagai ombak
berlalu begitu sahaja
tanpa apa-apa pamitan
tanpa apa-apa pesanan
ia bungkam tujuh zaman
dalam cermin keimanan
ia tenggelam dalam dakapan malam
sejarah itu bangkit semua; secara tiba-tiba
tetapi tidak bicara apa-apa
melainkan melolong di senja suram
reput dalam petala zaman
dan konon katanya hiba
bangkitlah anak-anakku; bangkitlah
berlangirkan darah; berkiblatkan keadilan
bina suatu sejarah manusia yang nurnya
tidak terbayang di cermin berkaca
revolusi kita: membangkitkan manusia
yang telah lama dikapankan dirahibkan
di sejuk mimbar: semalam

Mohd Latiff Mohd

Rujukan: Mohd Latiff Mohd, (2002). Bagiku Sepilah Sudah Kumpulan Puisi-puisi Pilihan 1990-2002. Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd.

0 comments :

Post a Comment