Tuesday 29 March 2016

Maafkan..Apa Salahnya Oleh Zainol Abi

Yang jiwanya aku nanahkan
semoga pulih
Yang hatinya aku robekkan
semoga sembuh
Yang perasaannya aku calarkan
semoga sabar
Yang raganya aku siatkan
semoga tabah
Yang terluka-maafkan
Yang berdarah-ikhlaskan
Yang kecewa-ampunkan
Yang berdendam-lupakan
Kalau ada sedikit kehitaman
apa salah diputihkan
Kalau ada sedikit kekotoran
apa salah dibersihkan
Kalau ada sedikit kekeruhan
apa salah dijernihkan
Kalau ada sedikit kesilapan
apa salahnya diperbetulkan
Kerana kita bukan malaikat
dan kita juga bukan syaitan
kita adalah insan yang berihsan
punya iktikad dan semangat
bermaruah menuju akhir perhentian
ke puncak kesucian.


Zainol Abi

0 comments :

Post a Comment