Wednesday 15 October 2014

Tasbih Kasih oleh Patimah Jaludin

Kasihnya ibarat butir-butir tasbih
Terikat ibarat kalung mutiara
Yang dicucuk sebutir-sebutir dengan tangsi
Menjadi simbol pegangan hati.

Tasbih itu sentiasa di jari-jemari tangannya
Sambil menghitung menzikirkan kalimah-kalimah suci
Terkadang berkhayal seketika
Kerana terlalu asyik menghayati zikir.

Kasih!
Di mana untaian itu hendak diakhiri
Di mana butir-butir tasbih itu mengakhiri cinta kita
Di mana akan sudahnya simpulan yang disatukan itu
Kiranya diputuskan pasti bertaburan
Dan betapa sukarnya hendak dicantumkan semula
99 kalimah Allah itu

Patimah Jaludin

0 comments :

Post a Comment