Tuesday 29 October 2013

Strategi Melayu Oleh Nurul Arini Junaidi

Mereka kata, mereka ada arah tuju
Mereka kata, aku mahu
Mereka kata,"pastinya aku akan menolong bangsaku!"
Mereka kata, "kita mesti menjadi Melayu yang maju"

Mereka, mereka-reka
Mereka harapan di hadapan khalayak

Oh tidak, 
Aku bukan di sisi Hang Tuah lagi. 
Hang Jebat pendorong generasi kini.

Aku sudah berubah sikap, 
Strategi perlawanan harus berubah. 
Mahu berjaya, mesti ada dinamisme

Mesti ada.....
Keberanian menderhaka!
Derhaka di saat yang perlu, 
Bukan membabi-buta mengikut telunjuk satu persatu. 

Ilmu itu perlu, 
Kita isikan minda muda dengan ilmu,
Ilmu lama dan baharu. 
Tapi pemikiran harus meletup dengan satu identiti baru. 

Bakarkan semangat, 
bertenagalah pabila menentang!

Itulah cara untuk maju. 
Itulah cara untuk berlari jauh dan laju. 

Nurul Arini Junaidi

0 comments :

Post a Comment