Tuesday 29 October 2013

Niat Penulis Muda oleh Nurul Arini Junaidi

Saya suka menulis.
Suka sekali menulis. 

Sekali menulis, 
Dunia baharu tercipta. 
Ruang untuk aku bersuara. 
Itu sahaja niat seorang penulis muda  

*

Ya sedar,
Penulisanku belum setanding,
Mindaku belum sematang mereka
Karyaku hanya biasa-biasa sahaja

Siapa mereka?

Yang sudah memenangi anugerah dan sebagainya
Yang memandang rendah kualiti tulisan kita
Yang berkata "Mana keindahan sastera?"
Pabila membaca.

Wah,
Mudah sungguh berkata,

Nyah wujudlah, nyah terlahirlah
Sajak intelektual (mereka) dari liku-liku minda

Oh,
Ada rangka kah?
Ada kriteria kah?
Oh tak cukup bagus kah?

Ish,
Tak berkuasa
Belum ada tenaga
Membentuk sajak demi anugerah. 

Ah,

Aku ingin bebas menulis. 
Biar mereka katakan aku gila
Tulis tanpa mengikut rangka

Salahkah,
Kalau menulis menjadi satu kebiasaan?
Kalau budaya berpuisi dilaksanakan,
Oleh semua yang belum penulis handalan?

Belum memenangi anugerah
Mungkin satu hari nanti,Insyallah
Kini aku masih bertatih,
Sanggup pula aku berjerih perih

Selagi,
Semangat dan jiwa masih ada
Ada kemahuan 'tuk berkarya
Dalam Bahasa Melayu-Bahasa Ibunda

Aku menang beribu kali,
Menambah kerencaman kepada dunia puisi
Semakin indahlah sastera Melayuku nanti



Saya suka menulis.
Suka sekali menulis. 

Sekali menulis, 
Dunia baharu tercipta. 
Ruang untuk aku bersuara. 
Itu sahaja niat seorang penulis muda 

Nurul Arini Junaidi

0 comments :

Post a Comment