Monday 10 December 2012

Yang Tersembunyi oleh Nurdiyanah Samsuri

Kita suka menyanyi
Kerana kita tidak sunyi

Kita suka melepak
Dari situ kita mula bertapak

Kita suka mengalah
Bukan memihakkan yang salah

Namun

Kemerduan suara tidak diikhtirafkan
Yang digemburkan kebobrokan

Mengapa kita terus dilihat dari sudut negatif?
Apakah kerana pencapaian tidak kuantitif?

Menjadi asing di tanah tumpah darah
Tunduk pada jalan yang telah diarah

Bilakah kita akan bangkit?
Mengapa masih ada yang berakit?

Buktikan

Meski kita sekerat
Kita bukan besi yang karat

Tidak perlu melanggar undang-undang
Bagi merealisasikan impian bergudang

Kerana

Kita suka mengalah
Tetapi punya otak untuk mengolah

Kita suka melepak
Tapi kita tidak pula hapak

Kita suka menyanyi
Mewarnai persis pelangi

Nurdiyanah Samsuri

0 comments :

Post a Comment