Friday 2 May 2014

Pemimpin oleh Mohd Latiff Mohd

Kau berkaca-kaca
mengira segala kudrat Allah
rezeki yang melimpah
istana pualam bak syurga
kau memekik-mekik
kau mengibar bendera
nanti seluruh pusaramu menjadi legam: menghitam
kerana dosamu terlalu banyak
buat bangsa.

Ada sesuatu yang tidak kena
pada syahadatmu
semasa kau berkaca-kaca
langit tidak terbuka
dan kau menjelma menjadi
seekor serigala: kafir betul kaukiranya

Semasa kau berkaca-kaca
bianglala memancarkan sinar doa
kau patut disalibkan
di gua munafik
di lautan derhaka.

Mohd Latiff Mohd

Rujukan: Mohd Latiff Mohd, (2002). Bagiku Sepilah Sudah Kumpulan Puisi-puisi Pilihan 1990-2002. Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd.

0 comments :

Post a Comment