Rujukan: Mohd Latiff Mohd, (2002). Bagiku Sepilah Sudah Kumpulan Puisi-puisi Pilihan 1990-2002. Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd.
Friday, 2 May 2014
Bulan oleh Mohd Latiff Mohd
Ia saksi sejarah
seluruh kemanusiaan
tatkala bunga berkembang
bintang bertaburan
seluruh alam menyaksikan;
Adam
bersalibkan percintaan
derhakanya pada bulan
gerhananya menyilang
sembilang keturunan.
Mohd Latiff Mohd
Rujukan: Mohd Latiff Mohd, (2002). Bagiku Sepilah Sudah Kumpulan Puisi-puisi Pilihan 1990-2002. Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd.
Pemimpin oleh Mohd Latiff Mohd
Kau berkaca-kaca
mengira segala kudrat Allah
rezeki yang melimpah
istana pualam bak syurga
kau memekik-mekik
kau mengibar bendera
nanti seluruh pusaramu menjadi legam: menghitam
kerana dosamu terlalu banyak
buat bangsa.
Ada sesuatu yang tidak kena
pada syahadatmu
semasa kau berkaca-kaca
langit tidak terbuka
dan kau menjelma menjadi
seekor serigala: kafir betul kaukiranya
Semasa kau berkaca-kaca
bianglala memancarkan sinar doa
kau patut disalibkan
di gua munafik
di lautan derhaka.
Mohd Latiff Mohd
Rujukan: Mohd Latiff Mohd, (2002). Bagiku Sepilah Sudah Kumpulan Puisi-puisi Pilihan 1990-2002. Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd.
Thursday, 1 May 2014
Demi Oleh Nur'lelah Asfee
siapa mengimamkan yang alpa,
memimpin yang menyimpang
menegur yang terpesong
siapakah harus aku percaya?
cendana mengharumkan nama?
arang melukis di muka?
membuang garam di lautan bukan perbuatan sia-sia?
Apakah yang berlaku di dunia…
anak dara meronggeng di atas meja
menjolok mata bujang nafsu kelaparan
hati berakarkan syurga di rumah
tetapi perbuatan bernerakakan syaitan
jari berzikir kebendaan
bibir berselawat yang haram
di manakah keluarga…
siapakah imam mereka
rakan menjadi intan,
saudara menjadi kaca?
pengorbanan ibu ada bandingnya?
nasihat ayah tiada gunanya?
duit boleh menggantikan darah?
demi siapa…
demi siapa engkau berimam
demi siapa kau melahirkan zuriat
demi siapa kau membela nama
demi apa engkau berdemi
tunggu seketika,
tanya isi hatimu
demi sapa…
Nur'lelah Asfee
memimpin yang menyimpang
menegur yang terpesong
siapakah harus aku percaya?
cendana mengharumkan nama?
arang melukis di muka?
membuang garam di lautan bukan perbuatan sia-sia?
Apakah yang berlaku di dunia…
anak dara meronggeng di atas meja
menjolok mata bujang nafsu kelaparan
hati berakarkan syurga di rumah
tetapi perbuatan bernerakakan syaitan
jari berzikir kebendaan
bibir berselawat yang haram
di manakah keluarga…
siapakah imam mereka
rakan menjadi intan,
saudara menjadi kaca?
pengorbanan ibu ada bandingnya?
nasihat ayah tiada gunanya?
duit boleh menggantikan darah?
demi siapa…
demi siapa engkau berimam
demi siapa kau melahirkan zuriat
demi siapa kau membela nama
demi apa engkau berdemi
tunggu seketika,
tanya isi hatimu
demi sapa…
Nur'lelah Asfee