Rujukan: Mohd Latiff Mohd, (2002). Bagiku Sepilah Sudah Kumpulan Puisi-puisi Pilihan 1990-2002. Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd.
Showing posts with label Pemimpin. Show all posts
Showing posts with label Pemimpin. Show all posts
Friday, 2 May 2014
Pemimpin oleh Mohd Latiff Mohd
Kau berkaca-kaca
mengira segala kudrat Allah
rezeki yang melimpah
istana pualam bak syurga
kau memekik-mekik
kau mengibar bendera
nanti seluruh pusaramu menjadi legam: menghitam
kerana dosamu terlalu banyak
buat bangsa.
Ada sesuatu yang tidak kena
pada syahadatmu
semasa kau berkaca-kaca
langit tidak terbuka
dan kau menjelma menjadi
seekor serigala: kafir betul kaukiranya
Semasa kau berkaca-kaca
bianglala memancarkan sinar doa
kau patut disalibkan
di gua munafik
di lautan derhaka.
Mohd Latiff Mohd
Rujukan: Mohd Latiff Mohd, (2002). Bagiku Sepilah Sudah Kumpulan Puisi-puisi Pilihan 1990-2002. Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd.