Showing posts with label Izwan Manan. Show all posts
Showing posts with label Izwan Manan. Show all posts

Sunday, 16 November 2014

Patutkan Aku Pulang oleh Izwan Manan

Mengapa engkau suruh aku pulang?
Pulang ke mana? Ke pangkuanmu?
Pulang ke zaman datuk nenek?
Pulang ke zaman Jepun?

Pulang ke zaman kegemilangan kata kau!

Apa ada pada zaman itu?
Siapa yang gilang? Siapa yang gemilang?
Engkau atau aku?

Tak habis-habis kau mengarah aku
Pulang ke sini
Pulang ke situ
Tidakkah kau tahu aku ini sibuk
Sibuk menangani masalah kerjaku
Masalah hutangku
Masalah keluargaku
Masalah bangsaku
Masalah agamaku

Kau apa tahu!

Kau jangan kacau aku
Aku dah jemu dengan soalanmu menyoalku
Aku dah muak dengan jawabanmu
Menjawab soalan yang bukan dipersoalkan
Yang senantiasa menjadi persoalan

Alasanmu kini menjadi rayuanmu
Rayuanmu hanya dimakan kuncumu
Kuncumu menjadi kunci masa depanku
Masa depanku hanya menunggu bila
Waktu Pulangku

Izwan Manan

Tuesday, 22 January 2013

Tiup oleh Izwan Manan

Tiup 

Di tiup angin pasti melayang 
Di tiup angin pasti tertidur 
Hidup kepingin hati disayang 
Hidup kepingin mati terbujur 

Di tiup bayu mata menguyu 
Di tiup bayu rindu mencengkam 
Akhir nyawa tiada yang tahu 
Akhirnya nyawa bagai ditikam 

Di tiup angin ombak beraja 
Di tiup angin pasir berdebu 
Menghirup udara mengalir ke darah 
Menghirup udara racun jerebu 

Di tiup tiup hingga meletup 
Di tiup tiup makin menderu 
Di sebut sebut hingga termaktub 
Di sebut sebut bukan seteru


Izwan Manan

Siapa Yang Marah? oleh Izwan Manan

Siapa Yang Marah? 

Tersimpul mati 
Jati diri 
Iri hati 
Ditarik pedati sakti 
Yang menanti 
Si Bongkok 
Menabur bakti... 

Terpijak duri 
Lemas sendiri 
Mengelak ke kiri 
Terkena dari 
Belakang Hari 
Ini pasti rugi 
Wahai saudari 
Saudara hadhari.. 

Insan insan 
Lupa Tuhan 
Iman ditahan 
Nafsu ditelan 

Syaitan syaitan 
Banyak godaan 
Ramai insan 
Hilang jalan 

Hilang arah 
Luka parah 
Itulah padah 
Siapa yang bantah? 
Siapa yang marah?  

Izwan Manan

Friday, 11 January 2013

Hati Oleh Izwan Manan

Keras menjadi lembut
Lembut menjadi lemau
Lemau tiada siapa yang mahu
Mahu menjadi aku
Aku tiada yang tahu
Tahu siapa dirimu
Dirimu bukan durimu
Kerana hatimu dicuri
Langkah terhenti menahan
Segala darah mengalir
Mengalir hingga tertumpah
Tertumpah di mana
Kalau bukan di atas pasti
Di bawah mesti mati
Mati dikubur nafsu
Mati dikubur rindu
Rindu menjadi beku
Beku menjadi keras
Keras menjadi lembut
Kembali kepadaNya

Izwan Manan

Wednesday, 26 December 2012

Hampir oleh Izwan Manan

Hampir
Sungguh indah rasanya
Bukan sekali bukan berkali-kali banyaknya
Tiada terkira hendaknya
Begitulah agaknya
Walau kadang kala tiada yang mengerti
Setiap saat bagai dibanjiri
Ketakutan, kealpaan, Kekaburan hati
Hanya kerana esok tidak pasti
Tetapi hakikatnya itulah kepastian yang terpatri
Samalah seperti hujan di tengah hari
Apabila ia turun maka diiringi
Kedinginan yang mendadak
Disusuli kehangatan yang mendesak
Diakhiri dengan kehidupan yang membiak
Tiada siapa yang berhak
Ke atasNya
Maka waktu itu sudah dekat
Sebelum kita pulang
Kita harus pergi
Mencari yang sudah hilang
Supaya tidak kehilangan
Arah yang Satu sebagai pedoman
Keyakinan itu tembok penghalang
Setiap orang perlu tahu
Perlu pandai meneliti diri
Di ketika iman masih disatukan
Sebelum nyawa bercerai badan
Penat lelah tiada jemu
Pagi, petang, siang dan malam
Mengejar waktu hingga ke akhir
Hanya kerana ingin bertemu
Kekasih hati, Pencipta Alam
Terpendam, tersemat di dalam zahir
Maka bersedialah
Kerana kini waktu itu makin hampir...

Izwan Manan

Monday, 17 December 2012

Semut Pakai Selimut oleh Izwan Manan

Seekor semut pakai selimut
Jalan lambat terkemut-kemut
Sambil makan jemput-jemput
Nafas pun sesak sampai semput
Tiba di kawasan penuh rumput
Yang peliknya terasa sangat lembut
Rupanya berada di atas rambut
Warna hitam dan coklat comot
Tiba-tiba terasa sakit perut
Ke sana sini bagai nak ribut
Sampai tertanggal kasut but
Keadaan jadi kelam kabut
Kepalanya bagai nk tercabut
Menahan perutnya yang memboyot
Dahi manusia mulai berkerut
Baunya dahsyat tak tersebut
Semut yang tadinya sakit perut
Sedang lari terkentut-kentut
Manusia hairan sambil merungut
Apa ada di atas rambut?
Seekor semut pakai selimut…

Izwan Manan

Wednesday, 21 November 2012

Kelu oleh Izwan Manan

Gerun aku melihatnya
Gerun aku mendengarnya
Gerun engkau membicarakannya
Satu persatu terkulai jatuh
Satu persatu terduduk diam
Satu antara satu termanggu, terganggu, terbelenggu
Tunggu, tunggu, tunggu...
Iya, kamu hanya bisa menunggu...
Apa lagi dayamu...
Apa lagi mahumu...
Apa lagi, apa lagi...
Simpan sahaja alasanmu...
Buang sahaja helahmu...
Tutup sahaja mulutmu...
Yang benar pasti benar dalam kebenaran...
Yang salah tetap disalahkan dalam kesalahan...
Yang dituntut akan menuntut atas dasar tututan..
Yang menuntut akan dituntut atas dasar tuntutan..
Tiada yang merelakannya...
Tiada yang melekakannya...
Kau lihat, kau pandang, kau tenung dan kau renung..
Pasti kau akan nampak...
Bukan dengan matamu,
Bukan dengan hatimu,
Bukan dengan imaginasimu,
Bukan dengan fikiran logismu,
Bukan dengan akal warasmu,
Semua bukan...
Hanya sedikit yang sedar,
Tapi ramai yang mendengar,
Hanya sedikit yang mahu,
Tapi ramai yang tahu,
Hanya sedikit yang yakin,
Tapi ramai yang makin
Lupa, Leka dan Lalai,
Cemas tapi cuai,
Cuba tapi gagal,
Tiada yang kekal,
Mungkin mereka belum kenal,
Tak kenal maka tak cinta,
Takkan dapat kalau tak meminta,
Mintalah petunjuk,
Mintalah jalan keluar,
Mintalah bahagia,
Mintalah apa saja...
Jangan membisu...
Jangan kelu...

Izwan Manan

Tuesday, 20 November 2012

Hujan Keinsafan oleh Izwan Manan

Titisan hujan mengalir tiada hentinya
Membasahi bumi yang tandus
Bagai mengalirnya airmata seorang hamba
Mengenangkan dosa-dosanya

Tiada akan hujan itu berhenti
Selagi mana Yang Maha Kuasa mengkehendakinya
Begitulah pengampunan kepada hamba-hambaNya
Sentiasa akan diberi atas RahmatNya

Maka begegaslah hamba itu
Mencapai pintu rahmat yang masih terbuka
Dengan keinsafan dan air mata yang mengalir
Bak titisan hujan yang mengalir tiada hentinya
Membasahi iman yang tandus...

Izwan Manan

Tuesday, 6 November 2012

Pulik oleh Izwan Manan

Aku nak balik
Aku nak pulang
Aku nak kau balikkan
Aku nak kau pulangkan
Kau nak aku terbalikkan? 
Terpulang…

Aku mahu pulang
Pulang sekarang sudah petang
Aku mahu balik
Balik sekarang sudah senja
Balik-balik pulang x2

Sudahkah kau pulang?
Sudahkah kau memulangkannya?
Sudahkah kau balik?
Sudahkah kau membalikkannya?

Jangan kau berdolak-dalik
Jangan kau mengulang-alik
Jangan kau membolak-balik

Kenapa masih belum pulang?
Jika kau balik sesat
Pulang ke pangkal jalan
Jika kau sesat semasa pulang
Balik ke pangkal jalan

Kita semua akan pulang
Dia akan memanggil kita balik
Adakah kau sudah sedia untuk pulang?
Terpulang…

Mereka semua sudah pulang
Pulang ke mana?
Mereka telah pulang ke Rahmatullah
Mereka telah kembali ke sisiNya

Aku?
Aku belum pulang, belum balik, belum kembali…
Kau pun sama!

Izwan Manan