Showing posts with label Pulik. Show all posts
Showing posts with label Pulik. Show all posts
Tuesday, 6 November 2012
Pulik oleh Izwan Manan
Aku nak balik
Aku nak pulang
Aku nak kau balikkan
Aku nak kau pulangkan
Kau nak aku terbalikkan?
Terpulang…
Aku mahu pulang
Pulang sekarang sudah petang
Aku mahu balik
Balik sekarang sudah senja
Balik-balik pulang x2
Sudahkah kau pulang?
Sudahkah kau memulangkannya?
Sudahkah kau balik?
Sudahkah kau membalikkannya?
Jangan kau berdolak-dalik
Jangan kau mengulang-alik
Kenapa masih belum pulang?
Jika kau balik sesat
Pulang ke pangkal jalan
Jika kau sesat semasa pulang
Balik ke pangkal jalan
Kita semua akan pulang
Dia akan memanggil kita balik
Adakah kau sudah sedia untuk pulang?
Terpulang…
Mereka semua sudah pulang
Pulang ke mana?
Mereka telah pulang ke Rahmatullah
Mereka telah kembali ke sisiNya
Aku?
Aku belum pulang, belum balik, belum kembali…
Kau pun sama!
Izwan Manan