Showing posts with label Maruah Kita. Show all posts
Showing posts with label Maruah Kita. Show all posts
Monday, 2 December 2013
Maruah Kita oleh Muhd Andi Mohd Zulkepli
Dunia semalam menghadirkan hari ini
dan hari ini menyaksikan penerusan
ulang tayang maruah rakyat senang-senang diinjak-injak
dan kalau kau tanyakan apakah itu maruah rakyat
aku kan mengatakan:
bahawa bilamana rakyat tidak dipandang sebagai
musuh negara
dan bilamana rakyat tidak ditahan seperti
anjing di tanah tumpah darahnya sendiri
dan bilamana rakyat bebas bersuara secara bijak
dan bernurani
dan bilamana jalan tarbiyah lebih mulia
daripada hukum-hukum yang mencabut jiwa insani
itukan tanda maruah rakyat diberi afirmasi!
Muhd Andi Mohd Zulkepli