Logika dan perasaanku bertengkar
Kerana terlalu sayangkan anak
mereka berkata;
"Tidakmengapa"
"Biarkanlah"
"Dia tidak boleh dipaksa"
Apa?
Di mana nasihatmu?
Tidak kau menyedari
Katamu itu butiran doa
Sangguokah engkau diseret juga
Teguran guru dan jiran tetangga dikata;
"Ah, merepek sahaja"
"Anakku bukan begitu"
Fikiranku berkecamuk
Sesungguhnya orang hari ini
Di alam dimensi yang tidak terdefinisi
Membiarkan anak tercinta
Memperkosa moral dan akhlak sendiri