Wednesday, 4 January 2017
Wanita Oleh Nur Shahirah Bte Mohamad Sha Hir
Dalam kelembutan ada kegagahan
Dalam kesantunan ada ketangkasan
Dalam kemanisan ada sinisnya
Dalam ketabahan ada keberanian
Dalam senyuman ada lidah yang berbisa
Dalam rajuk ada kekerasan
Dalam kerelaan ada tangisan
Dalam pengorbanan ada keletihan
Dalam keperitan ada semangat waja
Dalam ketenangan ada beribu sesalan
Dalam sinaran mata berkerdipan ada dunia malap
Masa depan yang hambar
Kehidupan yang samar-samar
Wanita
Dalam wajah yang menawan
Terkandung kebolehan menjadi lawan
Nur Shahirah Bte Mohamad Sha Hir
Wednesday, 28 September 2016
Tenang Sahaja oleh Zulfadli Rashid
Tenang sahaja
Tika Kita
Diusik
Digiat
Diherdik
Diejek
Disergah
Dijajah
Disuruh
tenang
Digesa
bangkit
Diajak
maju
Dianak-anakkan
Dibodoh-bodohkan
Diremeh-remehkan
Dijual-beli
Dipajak-gadai
Dicerai-berai
Di mana-mana
Tenang sahaja
Big
2013
Dulu oleh Zulfadli Rashid Big
Dulu
Tak sama dengan
kelmarin
Tak sama dengan
semalam
Tak sama dengan
hari tu
Tak sama dengan
sikit hari
Tak sama dengan
sejarah
Tak sama dengan
masa silam
Tak sama dengan
purbakala
Tak sama dengan
suatu masa
Tak sama dengan
kenangan lama
Dulu berat
bebannya
Mengopek luka yang
belum sembuh
Menoreh busung
yang belum kempis
Mencarik lecet
yang belum kering
Dulu itu air mata
Dulu itu duka
Dulu itu sisa
Dulu itu
disebut-sebut
Supaya yang keras
menjadi lembut
Supaya yang lupa
menjadi ingat
Supaya yang enggan
menjadi mahu
Supaya yang racau
menjadi tenang
Dulu ialah
hantu
yang mengemis doa
supaya
ia kembali
bernyawa
...
Dulu, Dulu lain maknanya.
Big
2013