Sunday, 8 December 2013
Teman Den Lah oleh Karmin Abbas
teman den lah
yang tak suka sakiti hati sesiapapun
sekalipun dia telah disakiti orang itu
teman den lah
yang paling beradab dan bersopan santun
walaupun tindasan negara berleluasa sekejam itu
teman den lah
yang bangkit dari tempat duduk apabila dihidangkan teh
oleh wanita berbangsa angkuh yang berkulit putih
teman den lah tu
kena tangkap kena lokap
teman den lah tu
kena tahan berabad-abad
teman den lah tu
tinggi kehormatannya
tinggi juga hormat pada semua
kehebatan berdaya tarikan
rakyat jelata
kalau nak tulis buku tentang teman den lah
tak cukup satu jilid
sejilid itu cukup sekadar bercerita
tentang keteguhan timbang rasa tanpa agenda yang terselit
timbang rasa kepada semua
demi selamatkan yang satu sahaja
Karmin Abbas
Monday, 2 December 2013
Mengejar Makna oleh Nurul Arini Junaidi
Wujud,
ada tanpa suara
sedia pabila tiada
percaya ia selalu di sisi
bentuk begitu sahaja.
Hadir,
diperhatikan mata
seronok dalam bicara
sama dan setia
datang-pergi semata-mata.
ada tanpa suara
sedia pabila tiada
percaya ia selalu di sisi
bentuk begitu sahaja.
Hadir,
diperhatikan mata
seronok dalam bicara
sama dan setia
datang-pergi semata-mata.
Ada,
seperti udara
wujud dan hadir
tapi sukar untuk merasanya
kecuali udara menjadi angin
terasa juga.
Hilang,
sekelip mata
ia mati
tenang atau sudah pergi
yang tinggal hanya aku yang meronta-ronta cari.
Kosong,
sudah pudar dan lenyap
bagaikan tidak pernah wujud, hadir atau ada
tiada yang kekal selamanya.
seperti udara
wujud dan hadir
tapi sukar untuk merasanya
kecuali udara menjadi angin
terasa juga.
Hilang,
sekelip mata
ia mati
tenang atau sudah pergi
yang tinggal hanya aku yang meronta-ronta cari.
Kosong,
sudah pudar dan lenyap
bagaikan tidak pernah wujud, hadir atau ada
tiada yang kekal selamanya.
Kesannya,
kekosongan jiwa.
kekosongan jiwa.
Nurul Arini Junaidi
Kejujuran oleh Kamilah Ahmad
Kejujuran menghiasi peta semestaku
Dengan kegemilangan tiada tandingan.
Mari kita maju dengan kejujuran,
Bertekad bersama-sama bertindak balas
Serangan sumpitan yang menjadikan
Kara dan sia-sia dalam hidup ini.
Tiup dengan tepatnya
Ibu sasaran tertera di hadapan kita
Lenyap lesap segala keusangan.
Kamilah Ahmad
Rujukan: Kamilah Ahmad (2001). Langkah Kembara. Singapura: Triple Eleven Enterprise.
Dengan kegemilangan tiada tandingan.
Mari kita maju dengan kejujuran,
Bertekad bersama-sama bertindak balas
Serangan sumpitan yang menjadikan
Kara dan sia-sia dalam hidup ini.
Tiup dengan tepatnya
Ibu sasaran tertera di hadapan kita
Lenyap lesap segala keusangan.
Kamilah Ahmad
Rujukan: Kamilah Ahmad (2001). Langkah Kembara. Singapura: Triple Eleven Enterprise.