Saturday, 15 March 2014
Lenyap #MH370 oleh Shahirah Samsudin
Sungguh kejam kau awan
Tanpa segan kau membunuh harapan
Tanpa silu kau merompak impian
Kau yang kita anggap kawan
Rupanya tampil sebagai lawan
Dan kau, langit biru
Takkanlah menyaksi dalam bisu
Cuba lafazkan sekali lagi
Karna jeritan mu terlalu sepi
Wahai lautan luas
Dengarlah rintihan ikhlas
Tempiaskanlah renjis simpati
Agar sayap harapan kembali lagi
Usah senyap
Agar tak lenyap.
Shahirah Samsudin
Tanpa segan kau membunuh harapan
Tanpa silu kau merompak impian
Kau yang kita anggap kawan
Rupanya tampil sebagai lawan
Dan kau, langit biru
Takkanlah menyaksi dalam bisu
Cuba lafazkan sekali lagi
Karna jeritan mu terlalu sepi
Wahai lautan luas
Dengarlah rintihan ikhlas
Tempiaskanlah renjis simpati
Agar sayap harapan kembali lagi
Usah senyap
Agar tak lenyap.
Shahirah Samsudin
Pada 2 Akal Bicara oleh Karmin Abbas
dalam diam ikrar pun dihembus
padamkan puntung tanpa asap yang menyala
kerana bicara tinggal hanya bicara
sebenar-benar menggenap tiada
padamkan puntung tanpa asap yang menyala
kerana bicara tinggal hanya bicara
sebenar-benar menggenap tiada
tiap kata bergores agenda
tiap frasa bersekam cita
sebenar-benar terbatas jua
tiap frasa bersekam cita
sebenar-benar terbatas jua
bicara yang pada tempatnya
ibarat alat pada gunanya
bukan diguna tanpa berkira-kira
ibarat alat pada gunanya
bukan diguna tanpa berkira-kira
bening jadi tohor dek besar mulut dan besar kepala
maju tanpa mahu undur walau setapak cuma
maju tanpa mahu undur walau setapak cuma
pada dua akal bicara
malap mantiknya
malap mantiknya
tanpa berserah pada yang Esa
Karmin Abbas
Anak Melayu oleh Khaziah Yem
Aku anak Melayu
emak bapaku Melayu
Aku bukan Melayu tulen
Nenekku bangsa Cina
diangkat keluarga Melayu
Melayukah aku?
Lidahku fasih cakap Melayu
Bahasa Melayu baca kutahu
boleh karang pantun dan lagu
budaya Melayu kutanam dalam
tarian asli, zapin inang kutarikan
Melayukah aku?
Syair dan gurindam kudendangkan sudah
pantun kukaji hatiku megah
baju kurung kupakai serasi
selendang sukma maruah dijaga
budi biacara adab terpelihara
Aku makan sambal belacan
gulai tumis singgang serani
ulam pegaga ulam raja
pucuk ubi pembuka selera
Kuih bingka lepat dan talam
manisan kelapa parut atau bersantan
menjadi kegemaran sukar dilepaskan
Belum cukup Melayukah aku?
Emak bapaku Melayu
Nenekku Cina
Melayukah aku?
Yang pasti...
Aku hidup, bernafas, berfikir
Dalam alam Melayu
Kata orang
Melayu suka gotong-royong
semangat kampung
Aku suka....Aku suka...
Kata orang
Melayu malas, bodoh, pendendam, iri hati, mengadu domba
tikam kawan sendiri, makan suap
biar mati aksen, tak sedar diri
Jauhkan...jauhkan...
Biarlah apa orang nak kata
biarlah apa orang nak mengata
Biar cendikia pening kepala
biar persoalan giat dibicara
Aku tahu diriku siapa
seorang insan ciptaan yang Maha Esa
Sakaratul datang takkan nak tanya
Mu Melayu atau Cina?
Khaziah Yem