Tuesday, 3 September 2013
Peduli...Apa oleh Khaziah Yem
Haruskah aku mempeduli...
Dulu kau bermanis muka
Suatu ketika kau membuang muka
Dulu kau menunjukkan peduli
Suatu ketika kau hindari
Dulu kau berjanji setia
Suatu ketika kau mungkiri
Kini kau perlukanku lagi
haruskah aku mempeduli
Bukan dendam mengamit rasa
Hanya tidak mahu dijadikan mangsa
Bukan hati tiada berperi
Hanya tidak mahu pisang berbuah sekali lagi
Aku hanya perlu difahami
Walau apa pun kelemahan diri
Kau tidak mahu memahami
Jika kuperlu berahsia lagi
Kupohon hanya untuk dimengerti
Jika keperluan hanya demi kepentingan diri
haruskah aku mempeduli...
Khaziah Yem
Ini? oleh Muhd Herwanto Johari
Ini yang kau panggil rindu?
yang kosong lancung mendodoi
menenang taufan gundah
merobek kepercayaanku.
Ini yang kau gelar guru?
yang licik lidah serapah
merenjis maki hamun
persis kepersetananmu
Ini yang kau panggil jantan?
yang taksir dara kehormatan
sebuas nafsu kehaiwanan
tanpa sedarnya batang tak kesampaian
Ini yang kau gelar rakan?
yang menempel tatkala hujan
menadah nanti kesempatan
menghilang tatkala kau hauskan kebenaran.
Muhd Herwanto Johari
yang kosong lancung mendodoi
menenang taufan gundah
merobek kepercayaanku.
Ini yang kau gelar guru?
yang licik lidah serapah
merenjis maki hamun
persis kepersetananmu
Ini yang kau panggil jantan?
yang taksir dara kehormatan
sebuas nafsu kehaiwanan
tanpa sedarnya batang tak kesampaian
Ini yang kau gelar rakan?
yang menempel tatkala hujan
menadah nanti kesempatan
menghilang tatkala kau hauskan kebenaran.
Muhd Herwanto Johari
Khula oleh Yesmint K. Hussein
Terputus sudah hikayat cinta
Yang sama degupan pada mulanya
Tetapi dikunyah masa,
Ditelan kekasaran haluan
hadaman yang berbeza.
Lalu kekaburan itu disogokkan
biar berlipat ganda, biar sepi sentiasa.
Setiap hari aku menjadi saksi
Bagaimana cinta menjadi benci
Setelah tiga puluh tahun berpenghuni
Terputus sudah suami dan isteri.
Siapakah engkau yang sebumbung
Tetapi tidak bersuara?
Yang dipandang
Tetapi hilang sekelip mata?
Mungkin cinta itu bukan untuk manusia
Yang perasaannya berubah
Persis usia dan masa.
Tetapi aku perempuan
Bernama wanita
Yang rela bertapak
Untuk masa hadapan;
Biar selisih dengan sejarah mereka.
Yesmint K. Hussein