Wednesday, 4 January 2017
Wanita Oleh Nur Shahirah Bte Mohamad Sha Hir
Dalam kelembutan ada kegagahan
Dalam kesantunan ada ketangkasan
Dalam kemanisan ada sinisnya
Dalam ketabahan ada keberanian
Dalam senyuman ada lidah yang berbisa
Dalam rajuk ada kekerasan
Dalam kerelaan ada tangisan
Dalam pengorbanan ada keletihan
Dalam keperitan ada semangat waja
Dalam ketenangan ada beribu sesalan
Dalam sinaran mata berkerdipan ada dunia malap
Masa depan yang hambar
Kehidupan yang samar-samar
Wanita
Dalam wajah yang menawan
Terkandung kebolehan menjadi lawan
Nur Shahirah Bte Mohamad Sha Hir
Wednesday, 28 September 2016
Tenang Sahaja oleh Zulfadli Rashid
Tenang sahaja
Tika Kita
Diusik
Digiat
Diherdik
Diejek
Disergah
Dijajah
Disuruh
tenang
Digesa
bangkit
Diajak
maju
Dianak-anakkan
Dibodoh-bodohkan
Diremeh-remehkan
Dijual-beli
Dipajak-gadai
Dicerai-berai
Di mana-mana
Tenang sahaja
Big
2013
Dulu oleh Zulfadli Rashid Big
Dulu
Tak sama dengan
kelmarin
Tak sama dengan
semalam
Tak sama dengan
hari tu
Tak sama dengan
sikit hari
Tak sama dengan
sejarah
Tak sama dengan
masa silam
Tak sama dengan
purbakala
Tak sama dengan
suatu masa
Tak sama dengan
kenangan lama
Dulu berat
bebannya
Mengopek luka yang
belum sembuh
Menoreh busung
yang belum kempis
Mencarik lecet
yang belum kering
Dulu itu air mata
Dulu itu duka
Dulu itu sisa
Dulu itu
disebut-sebut
Supaya yang keras
menjadi lembut
Supaya yang lupa
menjadi ingat
Supaya yang enggan
menjadi mahu
Supaya yang racau
menjadi tenang
Dulu ialah
hantu
yang mengemis doa
supaya
ia kembali
bernyawa
...
Dulu, Dulu lain maknanya.
Big
2013
Sembunyi-sembunyi oleh Zulfadli Rashid Big
10
Sampai bila kita nak main sembunyi-sembunyi
9
Di celah-celah ruang yang terpampang
8
Di ceruk terpencil dalam bangunan besar
7
Di bawah tangga tepi tempat letak kereta
6
Di balik almari dalam pejabat berhawa
dingin
5
Di belakang generator dekat padang
perhimpunan
4
Di sudut sempit di bahagian paling berhabuk
bilik peralatan
3
Di dalam bilik perlindungan bom yang tak
terintai cahaya matahari
2
Di atas alasan kemakmuran, kesederhanaan,
kemuafakatan, yang dijadikan cogan
1
Di depan dia
Di sebalik kau
Di belakang mereka
Di mana-mana
Di sini tak elok, di sana tak selesa
Oi, dah ke belum?
Di mana?
Di mana lagi
Sampai mana lagi kita nak main
sembunyi-sembunyi
Pom!
Sekarang kau yang pasang!
2013
Siapa Pao Kun oleh Zulfadli Rashid Big
Siapa Pao Kun?
Kalau kau Tanya anak-anak yang sibuk ke hulu-hilir
Yang tanpa tujuan mereka mundar-mandir
Dari Bedok ke Joo Koon ke Potong Pasir
Pasti terketap, terkedu, terkunci bibir
Orang ni siapa?
Yang menjadi punca tanda Tanya
Tiada jalan atau lorong atau estet yang berbinkannya
Apatah lagi ukiran namanya di dada kitab-kitab sejarah
kita
Mungkin bukan sesiapa, sekadar nostalgia orang lama
Jadi siapa dia?
Pemuda tergaru-garu kepala
Pemudi tersengih-sengih tenganga-nganga
Penting sangat ke jawapannya
Keluar dalam peperiksaan ke kelak soalannya
Pao Kun ni, dia siapa?
Kita kenal Goh Keng Swee
Kita kenal Yusoff Ishak
Kita kenal Devan Nair
Kita kenal David Marshall
Kita kenal anak-beranak Lee
Tapi Pao Kun ni, dia siapa?
Who is Pao Kun?
Well if you were to ask the carefree young ones,
The ones whom, without knowing where they are going, nor
where they have been,
From Bedok to Joo Koon to Potong Pasir
Their lips will all be shut, still, unsure…
Who is this person?
That becomes the subject of this question
No jalan, no lorong, no estate that bears his name
In the thick books of history, there is no mention in fame
Maybe he is really, a nobody, no one, perhaps just nostalgia,
merely for the elderly
So who is this person?
Young men, scratching their heads
Young ladies grins sheepishly, agape
Seriously, is the answer that important
For tests, for marks, for grades, for the examinations?
Pao Kun who?
We know of Goh Keng Swee
We know of Yusoff Ishak
We know of Devan Nair
We know of David Marshall
We know about the Lees…
But Pao Kun, who is he, she…?
Pao Kun was a man, Pao Kun tu seorang lelaki
Yang budi jasanya tidak dapat termuat dalam puisi
Of whom his deeds, this poem, will never be able to read…
Kerana kata-kata adakalanya gagal melukis gambar
Because words do fail to paint a picture proper
Apatah lagi untuk mencorakkan seorang Kuo Pao Kun
What more, of a Kuo Pao Kun
The man behind every person here….
Big
2012
Sajak Melayu Oleh Zulfadly Rashid Big
Kita dah tak punya
Sawah, kebun, dusun
Tanah pusaka turun-temurun,
Istana dah jadi taman,
ditebas sekali setahun.
Gasing, Wau Bulan, Jong,
Khazanah repository
Tongkat, kacip, gamat
Mainan laboratory.
Hukum dan adat
Saling sudah tak terlibat.
Santun dan sopan
Sekadar pamer-pameran.
Taat dan hormat
Tergantung pada undian.
Samping dan songkok
Untuk yang terbongkok-bongkok.
Kenduri-kendara
Majlis untuk para peniaga.
Pahlawan laksamana
Lakon-lakonan sahaja.
Puisi, pantun, peribahasa
Sekadar setakat pengisi masa.
Cincin, hantaran, pelamin
Simbol terjamin alat kelamin.
Tek pi Tombak Golok dan Keris
Hiasan dinding bersama cornice
Makan berdamai, bergotong-royong
Tercicir pindah dari kampung
Berjoget lambak, berdondang-sayang
Rancangan TV berulang-tayang
Jampi, serapah, petua, mantera
Tinggal tatapan Misteri Nusantara
Kita dah tak punya
masa
Mengutip mengenang
Menitis air mata
Kita dah tak punya
masa
Menjahit menyulam
Memori lama
Kita dah tak punya
masa
Menjadi patung
Beku kaku harap disanjung
Yang tinggal di tangan
Bukan pungut-pungutan
Dari suara rungut-rungutan
Telah kita kutip sesuatu
Bekalan zaman gembala ilmu
Kerana nama
Dikongsi sama
Bangsa dan bahasa
Satu dan sama
Punya kau dan
Punya aku
Kita tetap punya itu.
Kerana Melayu tetap Melayu
Itu kita semua tahu
‘Takkan tu pun Lu tak tahu?
Big
Big